Thursday, 10 September 2009

Muslim Uighur Kembali Menjadi Korban

Kerajaan Xinjiang kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil dan 'tidak menghormati hak asasi manusia' terhadap muslim Uighur. Mereka (muslim Uighur) diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang.

Itu merupakan sebahagian kempen kerajaan Xinjiang untuk memaksa muslim Uighur berhenti melakukan aktiviti keagamaannya dalam bulan suci Ramadhan.

“Makan siang, teh, dan kopi diberi percuma" oleh kerajaan yang disebut sebagai ‘Keperihatinan dari Kerajaan’ atau ‘Asas Kehidupan’ – diberikan di jabatan-jabatan kerajaan dan kedai-kedai. Namun sebenarnya itu adalah taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa,” ujar Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Uighur Dunia.

Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol selama bulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik.

Muslim Uighur yang ditahan dalam rusuhan bulan Julai di Urumqi juga dilarang berpuasa, mereka yang tetap berpuasa akan dipaksa menelan makanan dan minuman sambil menerima hinaan kerana keengganan mereka.

Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik.

Ketika ditanya mengenai kunjungan pemimpin Parti Komunis Cina, Hu Jintao, baru-baru ini ke Xinjiang, Dilxat mengatakan, “Situasi Xinjiang belum kembali normal. Bukannya meminta penduduk asal Han untuk menghormati agama dan budaya orang-orang Uighur, Hu mendorong penggunaan kekuatan ketenteraan untuk menekan dan kemudian menyekat kebebasan agama kami. Rejim Komunis seringkali berbicara tentang ‘memelihara kestabilan’, tapi apa yang mereka lakukan selalu berbeza dengan apa yang mereka katakan. Sebenarnya merekalah yang menghancurkan kestabilan.”

Ketika diminta penjelasan mengenai peraturan tersebut, Suruhanjaya Urusan Etnik Negara Bahagian Parti Komunis Cina tidak mahu memberi maklumbalas walau sedikit pun mengenai masalah itu. Suruhanjaya tersebut malah memberikan dua nombor telefon di Xinjiang yang katanya dapat dihubungi oleh wartawan untuk mencari maklumat lebih lanjut. Namun, kedua nombor itu selalu sibuk ketika dihubungi, dan ketika wartawan menghubungi lagi Suruhanjaya Urusan Etnis Negara, sambungan telefon pun selalu terputus.

Sumber dari: arrahmah.com

1 comment:

  1. tu lah akibatnya kalau China memerintah. Kapir laknat

    ReplyDelete