Monday, 5 October 2009

Tazkirah AFATS

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...!

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ramadhan yang didalamnya terkandung Lailatulqadar yang mana pada malamnya lebih baik dari seribu bulan. Pada zaman para sahabat, pemergian Ramadhan ditangisi dan diratapi kerana mereka tahu betapa tingginya nilai Ramadhan dan Lailatulqadar.

Adakah kita juga meratapi seperti para sahabat meratapi? Adakah kita pasti bertemu Ramadhan yang akan datang? Mungkinkah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam hayat kita?

Kini Syawal menggamit datang. Ia adalah bulan meraikan kemenangan dan kejayaan umat Islam. Kejayaan di bulan Syawal terasa lebih manis apabila umat Islam berjaya menambah koleksi ujian yang dipertanggungjawabkan iaitu puasa enam hari. Syawal adalah bulan ukhwah, bulan tarbiyah, dan bulan istiqomah.

Justeru kemuliaannya tidak harus dipinggirkan begitu sahaja. Kita sedang menikmatinya dengan pelbagai program ziarah, berhubungan dan berkunjungan.

Namun, wahai sahabat, ketahuilah, Syawal juga pasti akan melangkah pergi. Kitaran hayat – hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kita melangkah jauh melangkaui usia. Beginilah kita menghabisi takdir kehidupan hidup kita. Soalnya apakah yang harus kita sudahi dan kemanakah langkah kita?

Skot-skot semua, terasa dunia AFATS yang telah 20 tahun berlalu seperti baru semalam kita meninggalkannya. Begitulah masa dan usia yang tidak pernah menunggu kita. Pahit maung, gelak tawa dan semua kenangan di AFATS akan terus bersemadi dalam lipatan sejarah. Kenangan curi makanan di kantin, curi makanan di cookhouse pada malam minggu dan pelbagai perkara yang kita lakukan semasa kita di AFATS diharap diampunkan Allah SWT.

Sebagai seorang Islam kita telah sedia maklum bahawa semua tindaktanduk dan perbuatan kita akan dipertanggungjawab dihadapan Allah SWT dari dosa yang besar hinggalah kedosa-dosa kecil walaupun ianya hanya sehalus zarah.

Islam yang telah diturunkan untuk kita imani telah lengkap kesemuanya. Islam itu syumul. Ya, syumul dalam ertikata tak perlu lagi kita dakwa-dakwi akan kekurangan dan kelemahannya.

Islam bukanlah seperti lain-lain agama yang sekadar hanya mempunyai ibadat ritual (ibadat menyembah tuhan) dirumah ibadat sahaja. Islam yang dicipta NYA sudah sempurna dan terlalu sempurna. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya cara-cara istinjak, makan, berjima’ dan pelbagai lagi perkara yang mungkin dianggap remeh pada sesetengah orang.

Jadi, bagaimana pula dengan perkara yang sungguh besar seperti mentadbir dan menguruskan negara? Sudah semestinyalah Allah telah menyediakan satu garispanduan untuk kita gunapakai.

Skot-skot sekelian, sempena Syawal yang mulia ini, marilah kita membuat pilihan yang tepat yang mana jika kita ditanya dihadapan Allah SWT nanti, kita sudah mempunyai jawapan seperti kisah burung belatuk yang ditertawakan dan dipertikaikan oleh rakan-rakannya ketika membawa air didalam paruh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Burung belatuk tersebut berkata “Jika Allah SWT menyoal aku, apa yang kau lakukan ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar? Setidak-tidaknya aku ada jawapan, bagaimana dengan kamu semua?

Justeru itu, kepada semua skot-skot yang akan mengundi di Bagan Pinang nanti, buatlah keputusan yang tepat. Ingatlah, tangan yang memangkah akan dipertanggung jawab dihadapan Allah. Wassalam

Alfatihah untuk Ahmad Kamal, Teja’, Adlan@Jono, Khairul dan semua brader-brader AFATS..

5451 Mansur Meran@CHOT



No comments:

Post a Comment