Tuesday, 26 May 2009

Pekena Nasi Ayam

Assalammualaikum Skot....

Bersama dengan ini aku attachkan gambar bersama dengan 535417 APP Kelana Putra. Dah lama aku tak jumpa dia, lebih kurang 17 tahun.

Baju batik 5453 Duan & 5417 Kelana Putra

Last dengan dia semasa mula kursus kat Kem SIRUSA lepas passing out. Aku makan nasi ayam dengan Kelana dekat dengan office aku kat Shah Alam...

Wassalam...



5453 Noredzuan aka Duan Sakai

Thursday, 21 May 2009


Foto semasa perkhemahan di Batu Feringgi Penang.. dari kiri Abu Bakar, Aklif, Hj Syed Nazarudin, Hishamudin, Tengku Syed dan Nordin


Foto dirakamkan ketika bertugas sebagai Pengawal Malam semasa Perkhemahan di Batu Feringgi Penang.
Ihsan Foto dari 5391 Abu Bakar Merican

Aku Budak AFATS IV

Salam semua...
Lama sangat rasanya tak berlipurlara dengan kisah-kisah terlampau masa kat AFATS.. sambung balik citer kita yer.. kita 'stop' last artikel masa naik trak dari Stesyen Keretapi Seremban.. so, masa tu tanggal 08 Jun 1989, hari Khamis kalu tak silap, coz kita angkat sumpah sebagai Perantis Putera tanggal 12 Jun 1989 hari Isnin.. ingat tu!
Sampai Kem Segenting lebih kurang tengahari juga masa tu.. so, sampai2 dah nak 'lunch hour', masukkan barang dlm berek kat tepi kantin sebelah cookhouse.. ada taklimat skit2. pastu makan time pekena nasi cookhouse.
Time tu, brader (G21) masih lagi siuman aku nengok, kalu jalan tu.. kepala tunduk bawah je.. tapi dlm kepala otak dia org Allah je yang tahu.. mula2 tu ingat cam sekolah asrama kat luar jugak ler.. kot2 boleh join brader (senior) untuk buat klik/geng.
Dalam masa 3 hari nak nunggu hari Isnin 12 Jun 1989, rasa puas gak aku.. coz asyik makan tidur dan ada ler aktiviti skit cam mengisi borang, ada ler jogging tepi pantai, dan praktis nak angkat sumpah..
Hari Isnin 12 Jun 1989 pun bermula, angkat sumpah di Padang Kawad SPPTD, lepas tu pembahagian mengikut Kompeni dan dibilik mana aku ditempatkan pun diumumkan.. Maka bermulalah episod sebagai Perantis Putera ke-22..
Bersambung.....
Wassalam

Dari kiri: 5448 Mat Noh, 5431 Isman, 5445 Asyraff & 5444 Husaini


5445 suak

Pekabo Brader semua..

Salam brader semua..

Pekabo bro.. maaf ler lama bebeno rasanya tak memblog.. al-maklumlah, kepala otak aku ni berserabut dengan datelined.. banyak sgt 'mende'nya 'kreativiti' yg nak diasah dari kepala otak aku ni..

Brader semua jgn laks merajuk kalu latest artikel takder kat sini.. jgn laks tak visit blog kita ni.. buat 5391 Abu, harap hang sabor banyak2.. ada lagi foto hang yang nak disiarkan akan datang.. so, aku published sikit2.. sebab kalu published semua.. aku mana ada foto lagi dah.. Aku ni keluar baris tahun 1992.. lama tuu.. memory pun banyak gak yg lupa, ada jugak lah yg penting2 tu duk teringat..

Aku published artikel ni nak tanya habaq brader semua, semoga brader semua sihat ye.. jaga diri baik2..

Wassalam..


5445 suak

Friday, 15 May 2009

D 'Coy'

"Parade Comandan"

" Gambar doluu-doluu"

Nak citer skit, kompeni kesayangan APP Sjn Zaidi (G21).. siap kuarantin.. take kena kacau ngan brader! aichehh..
Foto 5391 Abu Bakar Merican

Monday, 11 May 2009

Olahragawan Terbaik MSSD Port Dickson

Salam sejahtera brader..

AFATS amat digeruni dalam setiap temasya sukan.. sorakan semangat yang tidak henti seperti 'Putera Perantis Turun Gelanggang', "Lepak Tengok Video'.. (yaa..yaa..Oohh je lu orang nyanyi) dan pelbagai sorakan yang turut menggamit minat warga penonton dari luar samada pelajar sekolah mahupun tenaga pengajar dari sekolah di daerah PD.

Semangat juang ahli sukan AFATS amat tinggi, malah semangat penyokong AFATS juga amat tinggi.. kenkadang bagaikan singa lapar mencari mangsa pantang tercuit mulalah keluar segala yang langkah pendekar..

Dari kanan berdiri Azham (G22), Wak Mahyudin(G21), Fuad(G21),
Abu Bakar (G22) & Amri (G22 Olahragawan Terbaik MSSD PD).
Foto ihsan 5391 Abu Bakar Merican
p/s: keterangan foto tak dapat nak disiarkan nama semua, jika brader ingat nama mereka yg didalam foto.. sila maklumkan pd aku..(aku dah lupa)

Sunday, 10 May 2009

Selamat Hari Ibu


Salam sejahtera brader..

Dikesempatan ini, AFATS Brader 22 ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada para isteri yang banyak berkorban, setia dalam susah dan senang dalam mengharungi kehidupan bersama dan juga buat ibu yang tersayang dimana pengorbananmu tidak terhitung jasanya.

Buat ibu-ibu yang telah tiada kerana ALLAH lebih menyayanginya marilah kita sedekahkan 'AL-FATIHAH' semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang mulia hendaknya dan diampuni ALLAH..

Wassalam.

Saturday, 9 May 2009

Survey Kutipan Yuran Reunion 2012

Salam sejahtera brader..

Survey telah ditutup pada hari Khamis jam 11pm, dan keputusannya adalah seperti berikut:
  1. Sangat Setuju undian hanya 14 orang dengan peratusan sebanyak 58%.
  2. Setuju undian hanya 6 orang dengan peratusan sebanyak 25%.
  3. Tidak Setuju undian hanya 4 orang dengan peratusan sebanyak 16%.

Memandangkan hanya 20 orang sahaja membuat undian setuju bermakna keputusan untuk membuat kutipan yuran tidak menjadi kenyataan.

Insyallah, jika ada pandangan.. brader boleh kemukakan untuk kebaikan kita bersama.. Insyallah!

5445 Asyraff aka suak

Jaguh AFATS

Salam sejahtera barder..

Beberapa keping foto sumbangan 5391 Abu Bakar Merican untuk tatapan brader semua.. AFATS memang sinonim dengan sukan, siapa tak kenal kalau jaguh2 kita turun padang.. baik di dalam padang mahupun diluar padang.

Samada yang beraksi itu memang hebat, yang luar padang pun gah dengan sorakan semangat dan juga buah jurusnya sekali..


Kelihatan dalam gambar dari kiri Abu Bakar, Salleh, Asnor, Azemi, Nahar & Lebai

Foto ini dirakamkan sewaktu Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Port Dickson, bergambar bersama atlit dari Sekolah Artileri.

Foto ihsan 5391 Abu Bakar Merican

Friday, 8 May 2009

Masuk AFATS


Salam sejahtera brader..

Kali ni, kita sambung kisah masa di AFATS.. mula-mula datang AFATS ni, kalau tak salah hari Khamis 08 Jun 1989.

Aku mula berkumpul kat Stesyen Keretapi Seremban, lebih kurang jam 8am.. Aku nengok dah ramai brader2 yang bersemangat waja masa tu.. Dengan dressing masing2 dah cam film star aku nengok.. termasuklah aku!

Masa ni dah takder masalah, pasal ramai gak muka2 yang dah kenal time datang interview.
Bila 'train' terakhir je sampai pagi tu, ada lagi brader2 yg baru sampai.. so, nama pun dipanggil.

Aku dibahagi mengikut kumpulan, pastu disuruh naik 3 ton.. sebelum tu, aku dah salam ngan 'parents' aku yg ngantor aku ke Seremban. Dapat laks naik trak.. perghh! terasa cam nak gi mempertahankan negara je rasanya. Semangat Lamina (cam lagu Lefthanded lah pulok!)

Masa tu 'journey' ke PD, takder 'hiway' lagi.. kena ikut jalan lama, jarak lebih kurang dalam 32km dari Seremban ke PD. Jalan dia laks memang dah diwartakan sebagai salahsatu jalan maut di Malaysia..(selalunya terjadi kemalangan pada masa tu).

Sambung lain kalilah yer..!

"aduss! korang wat per lagi tu.. pandanglah depan".



Aku Budak AFATS

p/s: Abu, foto hang nanti aku publish..harap bersabor!

Brader 5407 Hishamudin Kemalangan

Salam sejahtera brader.

Berita diterima dari rakan kita melalui laman sembang AFATS Brader 22 oleh 5427 Isa aka Pewai memaklumkan 5407 Hishamudin mengalami kemalangan jalanraya.


Kemalangan tersebut berlaku antara motorsikal yang ditunggangi beliau bertembung dengan sebuah kereta.

Mudah-mudahan beliau tidak mengalami sebarang implikasi dalaman yang membimbangkan.
Semoga beliau sembuh dengan cepat.

Info 5427 Isa Pewai

Wednesday, 6 May 2009

Jemputan Perkahwinan

Salam brader sekalian..

Jemputan kenduri kahwin oleh 5449 Haizal aka Cagu pada tarikh 07 Jun 2009 iaitu di Taman Medan Petaling Jaya. Jamuan makan bermula jam 11.30am sehingga 4pm.

Brader semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini dan jangan terperanjat laks, bukan Haizal yang kahwin.. tapi adiknya.

Nampak gayanya cam small gathering bagi brader 22 untuk berjumpa di kenduri kahwin rumah ibubapa Haizal.

Disini disertakan peta ke lokasi rumah kenduri kahwin ke Taman Medan.

Alamat kediaman: No 32 Jln PJS 2D/2, Taman Medan
46000, Petaling Jaya Selangor D.E



Info & Jemputan 5449 Haizal aka Cagu seisi keluarga..