Friday, 8 May 2009

Masuk AFATS


Salam sejahtera brader..

Kali ni, kita sambung kisah masa di AFATS.. mula-mula datang AFATS ni, kalau tak salah hari Khamis 08 Jun 1989.

Aku mula berkumpul kat Stesyen Keretapi Seremban, lebih kurang jam 8am.. Aku nengok dah ramai brader2 yang bersemangat waja masa tu.. Dengan dressing masing2 dah cam film star aku nengok.. termasuklah aku!

Masa ni dah takder masalah, pasal ramai gak muka2 yang dah kenal time datang interview.
Bila 'train' terakhir je sampai pagi tu, ada lagi brader2 yg baru sampai.. so, nama pun dipanggil.

Aku dibahagi mengikut kumpulan, pastu disuruh naik 3 ton.. sebelum tu, aku dah salam ngan 'parents' aku yg ngantor aku ke Seremban. Dapat laks naik trak.. perghh! terasa cam nak gi mempertahankan negara je rasanya. Semangat Lamina (cam lagu Lefthanded lah pulok!)

Masa tu 'journey' ke PD, takder 'hiway' lagi.. kena ikut jalan lama, jarak lebih kurang dalam 32km dari Seremban ke PD. Jalan dia laks memang dah diwartakan sebagai salahsatu jalan maut di Malaysia..(selalunya terjadi kemalangan pada masa tu).

Sambung lain kalilah yer..!

"aduss! korang wat per lagi tu.. pandanglah depan".



Aku Budak AFATS

p/s: Abu, foto hang nanti aku publish..harap bersabor!

No comments:

Post a Comment