Friday, 28 August 2009

Selamat Hari Kebangsaan Khas Buat AFATS Braders.....




















Salam brader sekalian..

Untuk pengetahuan brader sekalian, sudah hampir 52 tahun Malaysia mendapat kemerdekaan dari British...

Dalam erti kata sebenar adakah kita betul2 sudah merdeka, adakah kita sudah merdeka sepenuhnya atau kita masih lagi dijajah dari segi minda, mental, ekonomi, politik dan sebagainya..

Aku tak mau nak bebel panjang kat sini.. lu pikirlah sendiri..!

Buat brader AFATS semua... Selamat Hari Kebangsaan ke-52 tahun..

Wassalam

5445 Asyraff@suak



Salam Ramadhan Dari Kinshasa



Salam skot-skot sekelian dan selamat berpuasa dibulan Ramadhan.
Aku sampai kat Kinshasa ni pada 25 Jun 09 yang lepas. Buat masa sekarang aku tinggal sama dengan 7 lagi staf pegawai dan LLP Malaysia kat sini.

Penugasan aku disini selama setahun sebagai staf yang dijangka tamat pada 25 Jun 2010. Doakan moga aku berjaya dan selamat kat sini skot.

Keep in touch via Facebook aku - Mohd Said Mahat.

Salam dari aku disini untuk semua skot-skot.


WO I Mohd Said bin Mahat
MONUC - Mission Support Center

Congo Batiment
Kinshasa, DRC

Office: +243818905103 via skype
H/P: +243819014154 via skype

email : msaidmahat@yahoo.com
: msc-clerk1@un.org

Thursday, 20 August 2009

Layari Picasaweb Untuk Lihat Foto Kamera Nizal

Salam brader..

Maklumat dari Nizal mengatakan permintaan dari brader22 untuk melihat foto Reunion tempohari telah menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan sehingga terbit desas desus kemungkinan perhimpunan aman secara besar2an mungkin akan berlaku..

Dengan itu AFATS Brader22 akan menyiarkan laman URL untuk brader sekalian dapat melayari dan melihat secara terus tanpa ada halangan...

Klik : http://picasaweb.google.com/nizal111/XAFATS#

Harap brader semua layannnnn... senyum sorang2...

5471 Nizal

Salam Ramadhan buat semua AFATS Brader






Salam brader sekalian..

terlebih dulu salam dipohon kerana sudah lama tidak memblog, tidak berkesempatan yang menjadi penghalang disamping tugas2 sebagai pereka yg memerlukan idea diperah menyebabkan idea utk mengarang hilang@kering kontang..

Sesekali menjengah juga utk membaca chatting skot diruangan shoutmix.. terubat gak rindu pada brader semua...

Ramadhan menghampiri kita, so sepanjang bulan puasa ni sama2 lah kita beramal mudah2an diberkati Allah, insyallah! Selain tu maaf dipohon sekiranya ada kekhilafan sesama brader.

Bulan puasa ni teringat zaman di AFATS, aktiviti sukan sepanjang bulan puasa dibekukan.. so aktiviti brader dan junior semua membuta... kalu yg tak posa tu, dlm bilik mesti ada bau maggie atau pun hilang atas bukit...

Suasana hening AFATS Kem Segenting menggamit memori aku... pada aku kehidupan di Port Dickson terutama di AFATS Kem Segenting suasananya tidak sama dengan dilain-lain tempat.. terasa begitu sunyi dan syahdu persekitarannya...

Jumpa lagi brader semua...

Wassalam













5445 Asyraff Sharif@suak

Monday, 17 August 2009

H1N1

Salam Skot,

Harap semua sihat walaupun hari ni kita dilanda bermacam penyakit seperti denggi, cikkukungya dan yang paling dasyat sekarang wabak H1N1. Bala yang cukup dayshat diturunkan akibat kejahilan kita sendiri.

Apa pun kalau ada yang terkena aku ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.
Denggi, Member aku, anak dia terkena penyakit ni dan masuk hospital 3 hari. Mak budak tu dok menangis tiap hari dok fikir anak dia.

Lalu sorang hamba ALLAH memberi petua iaitu dengan masak sup ketam dan beri dia minum sup tu tiap hari. Magik, dok hari ke5 dia sembuh. Satu lagi dengan buat jus daun betik, tapi pahit tu.

Bekas associate professor ecology Uni. Malaya, Dr. Palaniappan pernah menulis buku bertajuk Ecological Healing System. Dalam research dia selama 33 tahun, dia kata kandungan asid yang tinggi dalam badan akan mengurangkan imunity kepada penyakit2 seperti H1N1.

Beliau mensarankan minum air kelapa( kampung aku panggil air nyok) setiap hari. Ini kerana air nyok ialah alkaline yang akan meneutralkan kandungan asid dalam badan kita. Kalau nak baca lebih layari http://ecohealingsystem.blogspot.com/.

Sorang ustaz di Perlis bagi petua makan epal hijau 6 biji sehari kat member aku sebab dia pun kena sakit ni lepas 3 hari dok kat hospital Kangar. Alhamdullillah dia lega.

Apapun rasanya tak salah mencuba sebabnya bukan mahal pun. La ni pun belum ada ubat untuk wabak ni. Aku orang yang paling takut sebab bini aku(nurse daa) cukup berisiko tinggi untuk kena.

Maklumlah kerja kat hospital. Tawakal jelah.

Wasalam












Pakya
535403
019-4812386