Monday, 17 August 2009

H1N1

Salam Skot,

Harap semua sihat walaupun hari ni kita dilanda bermacam penyakit seperti denggi, cikkukungya dan yang paling dasyat sekarang wabak H1N1. Bala yang cukup dayshat diturunkan akibat kejahilan kita sendiri.

Apa pun kalau ada yang terkena aku ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.
Denggi, Member aku, anak dia terkena penyakit ni dan masuk hospital 3 hari. Mak budak tu dok menangis tiap hari dok fikir anak dia.

Lalu sorang hamba ALLAH memberi petua iaitu dengan masak sup ketam dan beri dia minum sup tu tiap hari. Magik, dok hari ke5 dia sembuh. Satu lagi dengan buat jus daun betik, tapi pahit tu.

Bekas associate professor ecology Uni. Malaya, Dr. Palaniappan pernah menulis buku bertajuk Ecological Healing System. Dalam research dia selama 33 tahun, dia kata kandungan asid yang tinggi dalam badan akan mengurangkan imunity kepada penyakit2 seperti H1N1.

Beliau mensarankan minum air kelapa( kampung aku panggil air nyok) setiap hari. Ini kerana air nyok ialah alkaline yang akan meneutralkan kandungan asid dalam badan kita. Kalau nak baca lebih layari http://ecohealingsystem.blogspot.com/.

Sorang ustaz di Perlis bagi petua makan epal hijau 6 biji sehari kat member aku sebab dia pun kena sakit ni lepas 3 hari dok kat hospital Kangar. Alhamdullillah dia lega.

Apapun rasanya tak salah mencuba sebabnya bukan mahal pun. La ni pun belum ada ubat untuk wabak ni. Aku orang yang paling takut sebab bini aku(nurse daa) cukup berisiko tinggi untuk kena.

Maklumlah kerja kat hospital. Tawakal jelah.

Wasalam












Pakya
535403
019-4812386

No comments:

Post a Comment