Thursday, 21 May 2009

Aku Budak AFATS IV

Salam semua...
Lama sangat rasanya tak berlipurlara dengan kisah-kisah terlampau masa kat AFATS.. sambung balik citer kita yer.. kita 'stop' last artikel masa naik trak dari Stesyen Keretapi Seremban.. so, masa tu tanggal 08 Jun 1989, hari Khamis kalu tak silap, coz kita angkat sumpah sebagai Perantis Putera tanggal 12 Jun 1989 hari Isnin.. ingat tu!
Sampai Kem Segenting lebih kurang tengahari juga masa tu.. so, sampai2 dah nak 'lunch hour', masukkan barang dlm berek kat tepi kantin sebelah cookhouse.. ada taklimat skit2. pastu makan time pekena nasi cookhouse.
Time tu, brader (G21) masih lagi siuman aku nengok, kalu jalan tu.. kepala tunduk bawah je.. tapi dlm kepala otak dia org Allah je yang tahu.. mula2 tu ingat cam sekolah asrama kat luar jugak ler.. kot2 boleh join brader (senior) untuk buat klik/geng.
Dalam masa 3 hari nak nunggu hari Isnin 12 Jun 1989, rasa puas gak aku.. coz asyik makan tidur dan ada ler aktiviti skit cam mengisi borang, ada ler jogging tepi pantai, dan praktis nak angkat sumpah..
Hari Isnin 12 Jun 1989 pun bermula, angkat sumpah di Padang Kawad SPPTD, lepas tu pembahagian mengikut Kompeni dan dibilik mana aku ditempatkan pun diumumkan.. Maka bermulalah episod sebagai Perantis Putera ke-22..
Bersambung.....
Wassalam

Dari kiri: 5448 Mat Noh, 5431 Isman, 5445 Asyraff & 5444 Husaini


5445 suak

No comments:

Post a Comment