Monday, 17 August 2009

H1N1

Salam Skot,

Harap semua sihat walaupun hari ni kita dilanda bermacam penyakit seperti denggi, cikkukungya dan yang paling dasyat sekarang wabak H1N1. Bala yang cukup dayshat diturunkan akibat kejahilan kita sendiri.

Apa pun kalau ada yang terkena aku ada beberapa petua yang boleh dikongsi bersama.
Denggi, Member aku, anak dia terkena penyakit ni dan masuk hospital 3 hari. Mak budak tu dok menangis tiap hari dok fikir anak dia.

Lalu sorang hamba ALLAH memberi petua iaitu dengan masak sup ketam dan beri dia minum sup tu tiap hari. Magik, dok hari ke5 dia sembuh. Satu lagi dengan buat jus daun betik, tapi pahit tu.

Bekas associate professor ecology Uni. Malaya, Dr. Palaniappan pernah menulis buku bertajuk Ecological Healing System. Dalam research dia selama 33 tahun, dia kata kandungan asid yang tinggi dalam badan akan mengurangkan imunity kepada penyakit2 seperti H1N1.

Beliau mensarankan minum air kelapa( kampung aku panggil air nyok) setiap hari. Ini kerana air nyok ialah alkaline yang akan meneutralkan kandungan asid dalam badan kita. Kalau nak baca lebih layari http://ecohealingsystem.blogspot.com/.

Sorang ustaz di Perlis bagi petua makan epal hijau 6 biji sehari kat member aku sebab dia pun kena sakit ni lepas 3 hari dok kat hospital Kangar. Alhamdullillah dia lega.

Apapun rasanya tak salah mencuba sebabnya bukan mahal pun. La ni pun belum ada ubat untuk wabak ni. Aku orang yang paling takut sebab bini aku(nurse daa) cukup berisiko tinggi untuk kena.

Maklumlah kerja kat hospital. Tawakal jelah.

Wasalam












Pakya
535403
019-4812386

Wednesday, 1 July 2009

Selamat Menjalani Kursus...

Assalamualaikum skot....

Teruja dengan last reunion di PD, good effort and exell to our skot. Utk makluman, aku akan menghadiri kursus maktab turus di luar negara, "Command and Staff Course" di Command and Staff College di Quetta, Pakistan mulai 20 Jul 09 hingga 20 Jul 10 selama setahun.

Tarikh penerbangan aku dijadualkan pada 16 Jul 09 jam 2359 melalui KLIA - Dubai - Quetta, Pakistan. Aku membawa keluarga bersama.....Pse info skot2 yang lain dan doakan kesejahteraan aku dan keluarga, maklumlah negara sdg berperang .....

Kalau ada ape2 perkembangan pasal skot2 jgn lupe maklum kat aku. Alamat email ni kekal insyallah... awis6251@hotmail.com

regard dan salam

5385 Awis & 5445 Asyraff Sharif


5385 Awis Ibrahim

Tuesday, 23 June 2009

Auntie Rozie's Kopitiam

Salam skot..

Aku pergi bercuti ke Cameron Highland dan sempat berkunjung ke Kopitiam Izadin..
Kopitiam skot kita ni namanya ialah Auntie Rozie's Kopitiam terletak di Pekan Brinchang.


So, mana 2 skot yang berkunjung ke Cameron Highland bolehlah singgah di Auntie Rozie's Kopitiam.. pelbagai hidangan untuk makan tengahari dan ada special menu seperti Steamboat..
bagitau dengan kenkawan yang lain mana tau kot2 boleh dapat harga istimewa...


5471 Nizal

Apa Khabar Semua - APP 535377 Asnor Bin Sulaiman

Salam skot,

Tengah layar website, aku terserempak dengan website afatsbrader22@blogspot.
Macam aku kenal je! Rupa-rupanya intake lama aku.Dah dekat 20 Tahun lost contact.
Apa-apa pun bagi mereka yang masih mengingati aku,
sila hubungi:-
APP 535377 Asnor Bin Sulaiman.
Platun 7 Kompeni D.
E-MAIL:- Asnor5377@GMAIL.COM
TEL:- 019-6522257

Wasalam.

Wednesday, 3 June 2009

Borak, Sembang, Ngeteh Larut Pagi...
















Foto 5471 Nizal

Jemputan Kenduri Kahwin dari 5449 Haizal & Keluarga

Salam brader..

Jemputan kenduri kahwin adik kepada 5449 Haizal Cagu pada:
  • 07 Jun 2009
  • 11.30 am - 4pm
  • Taman Medan PJ

Diharap brader dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.

Sekian Terima Kasih

Kad dan peta arah rumah keluarga 5449 Haizal telah disiarkan dalam blog sebelum ini.

Jemputan Kenduri Kahwin

Salam brader semua..


Jemputan Kenduri Kahwin anak perempuan Sjn Jaafar (Fwd Roll bekas cikgu Sains Kejuruteraan) bertempat di:
  • Sek. Men. Agama Teluk Kemang
  • 07 Jun 2009
  • 12 noon - 4pm

Semoga brader dapat meluangkan masa untuk hadir kenduri tersebut.

Info 5427 Isa Pewai