Friday, 9 October 2009

Majlis Aidil Fitri di Pullman Hotel Putrajaya

Salam skot sekalian...

Sempena perhimpunan ex AFATS kat Pullman Hotel pada 101009, kalau time mengizinkan, boleh la skot semua berkumpul di rumah saya.

  1. Majlis beramah mesra di Pullman Hotel – 1430 Hrs
  2. Skot Intake 22 dijemput ke rumah saya untuk minum petang – 1730 Hrs.
  3. Majlis Aidilfitri di Pullman hotel – 2000 Hrs.


Kalau skot yang datang ke Pullman bersetuju, tolong reply supaya boleh la siapkan kuih muih sedikit sebanyak.

Alamat rumah – 17 , Jalan P14C 1/5, Precinct 14, 62050, Putrajaya.

Tq, Salam.


Ishmayel Sulaiman

SBM Malaysia Sdn Bhd (SBM Offshore)



Perjumpaan Hari Raya di Putrajaya

Salam untuk semua skot,

jom kita ambil kesempatan ini untuk reunion sekali lagi sambil dapat menyambut aidilfitri bersama ex afats yang lain.
Aku dan pakya dah masuk nama dah, yang lain bila lagi.

Selamat Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

5411 Izadin Idris


Monday, 5 October 2009

Tazkirah AFATS

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...!

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ramadhan yang didalamnya terkandung Lailatulqadar yang mana pada malamnya lebih baik dari seribu bulan. Pada zaman para sahabat, pemergian Ramadhan ditangisi dan diratapi kerana mereka tahu betapa tingginya nilai Ramadhan dan Lailatulqadar.

Adakah kita juga meratapi seperti para sahabat meratapi? Adakah kita pasti bertemu Ramadhan yang akan datang? Mungkinkah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir dalam hayat kita?

Kini Syawal menggamit datang. Ia adalah bulan meraikan kemenangan dan kejayaan umat Islam. Kejayaan di bulan Syawal terasa lebih manis apabila umat Islam berjaya menambah koleksi ujian yang dipertanggungjawabkan iaitu puasa enam hari. Syawal adalah bulan ukhwah, bulan tarbiyah, dan bulan istiqomah.

Justeru kemuliaannya tidak harus dipinggirkan begitu sahaja. Kita sedang menikmatinya dengan pelbagai program ziarah, berhubungan dan berkunjungan.

Namun, wahai sahabat, ketahuilah, Syawal juga pasti akan melangkah pergi. Kitaran hayat – hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kita melangkah jauh melangkaui usia. Beginilah kita menghabisi takdir kehidupan hidup kita. Soalnya apakah yang harus kita sudahi dan kemanakah langkah kita?

Skot-skot semua, terasa dunia AFATS yang telah 20 tahun berlalu seperti baru semalam kita meninggalkannya. Begitulah masa dan usia yang tidak pernah menunggu kita. Pahit maung, gelak tawa dan semua kenangan di AFATS akan terus bersemadi dalam lipatan sejarah. Kenangan curi makanan di kantin, curi makanan di cookhouse pada malam minggu dan pelbagai perkara yang kita lakukan semasa kita di AFATS diharap diampunkan Allah SWT.

Sebagai seorang Islam kita telah sedia maklum bahawa semua tindaktanduk dan perbuatan kita akan dipertanggungjawab dihadapan Allah SWT dari dosa yang besar hinggalah kedosa-dosa kecil walaupun ianya hanya sehalus zarah.

Islam yang telah diturunkan untuk kita imani telah lengkap kesemuanya. Islam itu syumul. Ya, syumul dalam ertikata tak perlu lagi kita dakwa-dakwi akan kekurangan dan kelemahannya.

Islam bukanlah seperti lain-lain agama yang sekadar hanya mempunyai ibadat ritual (ibadat menyembah tuhan) dirumah ibadat sahaja. Islam yang dicipta NYA sudah sempurna dan terlalu sempurna. Tidak ada agama yang mengajar penganutnya cara-cara istinjak, makan, berjima’ dan pelbagai lagi perkara yang mungkin dianggap remeh pada sesetengah orang.

Jadi, bagaimana pula dengan perkara yang sungguh besar seperti mentadbir dan menguruskan negara? Sudah semestinyalah Allah telah menyediakan satu garispanduan untuk kita gunapakai.

Skot-skot sekelian, sempena Syawal yang mulia ini, marilah kita membuat pilihan yang tepat yang mana jika kita ditanya dihadapan Allah SWT nanti, kita sudah mempunyai jawapan seperti kisah burung belatuk yang ditertawakan dan dipertikaikan oleh rakan-rakannya ketika membawa air didalam paruh untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Burung belatuk tersebut berkata “Jika Allah SWT menyoal aku, apa yang kau lakukan ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar? Setidak-tidaknya aku ada jawapan, bagaimana dengan kamu semua?

Justeru itu, kepada semua skot-skot yang akan mengundi di Bagan Pinang nanti, buatlah keputusan yang tepat. Ingatlah, tangan yang memangkah akan dipertanggung jawab dihadapan Allah. Wassalam

Alfatihah untuk Ahmad Kamal, Teja’, Adlan@Jono, Khairul dan semua brader-brader AFATS..

5451 Mansur Meran@CHOT



Tuesday, 29 September 2009

Jemputan Kahwin Adik Bongsu 5453 Redzuan@sakai

Assalammualaikum Skot...

Terlebih dahulu diucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Biar pun semakin berlalu, ianya masih dirai dan disambut selagi Syawal belum berlalu.

Dikesempatan ini, saya selaku wakil keluarga ingin menjemput kesemua skot yang mempunyai kelapangan masa untuk hadir memeriahkan majlis perkahwinan adik bongsu saya pada 03.10.2009 (Sabtu) bersamaan 14 Syawal 1430 dari jam 1100 hingga 1600 bertempat di Felda Chegar Perah 1, Kuala Lipis Pahang.

Bagi memudahkan perjalanan, bersama dengan ini saya sertakan panduan untuk hadir ke rumah ibubapa saya dimana kenduri tersebut diadakan.

Semoga dengan kehadiran skot dapat mengeratkan hubungan dan memeriahkan majlis.

Sekian,

Wassalam.

5453 Noredzuan aka Duan Sakai



Sunday, 20 September 2009

Salam Aidil Fitri Khas Buat Brader AFATS

Assalamualaikum w.b.h khas buat brader AFATS...















Lebaran semakin menghampiri dan Ramadhan akan kita tinggalkan.

Jika ada salah silap, tersalah star light, terpenampar bisu, ter 'PT', ter 'pow' dan sepanjang menjadi orang salah kepada brader2.. aku ingin memohon ampun dan maaf kerana terlalu banyak dosa dan silap serta kelemahan silam telah dilakukan terhadap junior semasa di AFATS.

Semoga di Aidil Fitri ini, perjalanan pulang dan balik bercuti dari kampung semoga selamat dan dipermudahkan insyallah.. pandulah dengan berhemah dan berhati-hati.

Sempena dengan hari dan bulan baik lagi mulia ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.


Wassalam

5445 Asyraff@suak

p/s: brader2 yg hantar sms sekiranya tak dpt reply harap maaf banyak2..
terima kasih dgn ucapan dan ingatan sahabat sekalian.

Thursday, 10 September 2009

Muslim Uighur Kembali Menjadi Korban

Kerajaan Xinjiang kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil dan 'tidak menghormati hak asasi manusia' terhadap muslim Uighur. Mereka (muslim Uighur) diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang.

Itu merupakan sebahagian kempen kerajaan Xinjiang untuk memaksa muslim Uighur berhenti melakukan aktiviti keagamaannya dalam bulan suci Ramadhan.

“Makan siang, teh, dan kopi diberi percuma" oleh kerajaan yang disebut sebagai ‘Keperihatinan dari Kerajaan’ atau ‘Asas Kehidupan’ – diberikan di jabatan-jabatan kerajaan dan kedai-kedai. Namun sebenarnya itu adalah taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa,” ujar Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Uighur Dunia.

Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol selama bulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik.

Muslim Uighur yang ditahan dalam rusuhan bulan Julai di Urumqi juga dilarang berpuasa, mereka yang tetap berpuasa akan dipaksa menelan makanan dan minuman sambil menerima hinaan kerana keengganan mereka.

Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik.

Ketika ditanya mengenai kunjungan pemimpin Parti Komunis Cina, Hu Jintao, baru-baru ini ke Xinjiang, Dilxat mengatakan, “Situasi Xinjiang belum kembali normal. Bukannya meminta penduduk asal Han untuk menghormati agama dan budaya orang-orang Uighur, Hu mendorong penggunaan kekuatan ketenteraan untuk menekan dan kemudian menyekat kebebasan agama kami. Rejim Komunis seringkali berbicara tentang ‘memelihara kestabilan’, tapi apa yang mereka lakukan selalu berbeza dengan apa yang mereka katakan. Sebenarnya merekalah yang menghancurkan kestabilan.”

Ketika diminta penjelasan mengenai peraturan tersebut, Suruhanjaya Urusan Etnik Negara Bahagian Parti Komunis Cina tidak mahu memberi maklumbalas walau sedikit pun mengenai masalah itu. Suruhanjaya tersebut malah memberikan dua nombor telefon di Xinjiang yang katanya dapat dihubungi oleh wartawan untuk mencari maklumat lebih lanjut. Namun, kedua nombor itu selalu sibuk ketika dihubungi, dan ketika wartawan menghubungi lagi Suruhanjaya Urusan Etnis Negara, sambungan telefon pun selalu terputus.

Sumber dari: arrahmah.com

Tuesday, 8 September 2009

Kutipan Derma Ikhlas

Salam brader sekalian..

Terlebih dahulu untuk pengetahuan brader sekalian, brader 5470 Hadi telah kehilangan bapa tersayang yang telah kembali ke rahmatullah..

Idea dari beberapa skot AFATS Brader 22 agar satu kutipan derma dilancarkan agar dapat meringankan bebanan brader 5470 Hadi..

Kata sepakat telah diambil iaitu urusan kutipan derma boleh disalurkan ke akaun CIMB 1416 00727 1752 8 atau akaun MAYBANK 1140 6662 4258, akaun tersebut milik brader 5469 Rozaini.

Segala urusan derma tersebut akan diserahkan oleh brader 5469 Zaini terus kepada brader 5470 Hadi.

Untuk memudahkan urusan, tabung derma ini akan dibuka bermula pada hari ini Selasa 08/09/09 dan akan ditutup pada 15/09/09 Selasa.

Tujuan kutipan derma ini dibuka selama 1 minggu untuk memudahkan urusan pemilik akaun untuk mengemaskini segala urusan kutipan derma dan proses penyerahan sebelum cuti Raya Aidil Fitri..

Sekian.

Wassalam

Skot AFATS Brader 22.