Wednesday, 29 April 2009

Kutipan RM10

Salam semua skot,

Dah agak lama juga saya tak dapat hadir di alam cyber ini. Malam ini saya terpanggil untuk membukanya. Saya juga telah mendapat khabar yang ada ura-ura cadangan untuk membuat kutipan dan mengadakan mesyuarat mengenai re-union akan datang.

Bagi saya, masih terlalu awal untuk membuat kutipan dan amountnya juga agak terlalu kecil ( RM10 setiap bulan) tetapi akan mendatangkan masalah yang besar jika tidak di kendalikan dengan betul. Pada hemat saya., saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Samsul coach untuk adakan kutipan 6 bulan awal dari tarikh yang di cadangkan.

Kita boleh mula bermesyuarat mengenai re-union pada Januari 2012 dan kita rancang akan buat pada Jun 2012. Pada masa itu, saya jangka, semua skot2 ada banyak masa memandangkan majoriti dah pergi kursus peralihan ( dah nak pencen le katakan...++ dah tua le tu) .

Apa yang dikatakan oleh Bob Tajudin ada benarnya, sebagai perlantikkan skot2 yang berjawatan tinggi dan berkebolehan menjadi pengerusi atau seumpama dengannya. Ini juga satu penghormatan bagi skot-skot kita yang berjaya dalam karier yang di ceburinya.

Secara tidak langsung juga cara ini dapat banyak membantu urusan program-program yang akan kita jalankan di masa akan datang. ( Bukan nak salah guna kuasa ni!)

Kebaikkan kita berkumpul semua bukan hanya untuk berbual kosong, mengeteh dan sebagainya, kita juga sepatutnya mengambil kesempatan yang ada untuk bertukar-tukar fikiran, pendapat mengenai apa sahaja tak kira bisnes, hal politik atau hal agama yang mana perlu dalam usia sepert kita. Untuk hidup, kita perlukan keperluan hidup, untuk mati, kita perlukan keperluan mati., untuk bernegara, kita perlukan sifat kenegaraan, untuk pendidikan anak2, kita perlu persiapan yang agak panjang.

Skot, dimanakah kita berada?? Adakah kita masih lagi leka?

Beriadah adalah satu keperluan manusia, tapi kalau kita terlalu beriadah, apa kejadahnya? Belajar juga begitu, makan juga begitu, politik juga begitu, tetapi beragama... adalah satu yang infiniti, tiada satu noktah dalam hal ini dan merangkumi semua aspek.!!

Skot2 sekalian, saya harap semua skot-skot bertenang, ambil sedikit masa untuk berfikir dan jangan pula jadi negative setelah membaca tulisan saya ni...

Sekian.....


535466 Cfn Rosli ...
dah 18 tahun Krafman... lom naik pangkat lagi... tak tau rasa macamana naik pangkat!!

Malam Reunion 2009

Salam brader semua..


Apa kabor semua.. ya! moga semua sihat hendaknya.. Kali ini masih lagi citer panasss..! yess zerr, citer panas pasal reunion..


"siut.. dia bg aku ikan jaket", " telan je skot!"

Citer reunion 2009 belum lagi reda.. tapi dah kecoh pasal reunion 2012.. semangat gila skot2 kita ni.. bagus! jangan gila meroyan udah ler! tak dapek pok cik nak nolong nyoo! Aku bukan nak citer pasal reunion 2012 tapi nak citer pasal 2009..


"siap ler nko besdayy boy, mandi susu jawabnya lepas ni.."

Malam tu memang meriah, walaupun AFATS Brader 22 tak buat gathering di tempat yang gah, tapi pada aku, walaupun buat kat 'dewan' itu pun dah seribu satu rahmat, kerana nak satukan brader semua bukannya senang.. cam aku ni yang sejak azali lagi duk 'civillian'. Tapi pada aku, lu semua memang d' boom.. Tak terjangkau dek akal ( pesss! dah cam lirik lagu lah pulok!) yang aku dapat jumpa brader semua..



Dalam sibuk-sibuk gathering, super-super brader kita Brader Mazelan Subran (G15) hadir atas jemputan 5411 Izadin (ehh! kau tak jemput dia minum ke malam tu, penat bro tu bersyarah).

"ada sesiapa yg blom pernah kena penampor bisu, meh kedepan.."

Ada ler skit amanat mengenai syarat, prosedur dan matlamat halatuju AFATS Brader Group.


Gathering malam tu juga ada tayangan slide kisah hidup di AFATS Segenting dan juga buat sahabat yang telah pergi dulu dari kita..


Malam tu memang masa mencemburui kita ( waduss! ayat cam jiwa2 lah pulok). Tak sempat nak story sesama brader.. Ada pulak sessi ngeteh sampai 3 am selepas tu.


Arios..!

Wassalam..

Aku Budak AFATS

Matang & Tindak

Salam semua skot

Terasa terpanggil laks untuk memberikan pendapat berkenaan kutipan bagi menjayakan reunion yang akan dilaksanakan di Cameron Highlands akan datang pada tahun 2012, insyaallah!

Pada pendapat aku, mengenai kutipan sebanyak RM10 yg dicadangkan itu baik. Tetapi ia lebih banyak menyumbang kepada 'side effect' yang tidak baik terutama bagi skot yang dipertanggungjawabkan untuk 'manage' kutipan tersebut.

Amat tidak adil kepada skot tersebut memandangkan ia masih mempunyai tugas-tugas hakiki yg lain. Jgn pandang remeh kerana menguruskan kewangan adalah satu tanggungjawab yang besar. Tambahan pula ia melibatkan kutipan yang kecil, lain ler kalau sebulan RM200 ke!

Pada pendapat aku pada usia kita sekarang.. saya rasa kita sudah matang dalam membuat tindakan berhubung dengan masalah kewangan ini. Kalau terlalu sukar sangat melaksanakan cadangan tersebut, dicadangkan skot membeli tabung sendiri labelkan ia tabung reunion dan simpanlah sendiri sebanyak RM10 sebulan. Ia lebih mudah dan tidak melibatkan banyak pengurusan lain.

Walau bagaimanapun aku secara lisan bersetuju ia diadakan, tetapi dlm tempuh 6 bulan awal sebelum hari reunion itu dilaksanakan. Itulah sebagai komitmen kita bagi menjayakan apa yang dirancangkan. Terlalu lama sangat kalau kutipan dimulakan sekarang, sedangkan pelbagai perkara boleh terjadi pada masa akan datang. Jangan sebab kutipan yg kecil ini, ia akan menyebabkan permasalahan yg lebih besar akan berlaku.

Perkara yang lebih penting sekarang ialah mempromosi dan mencari skot-skot yang masih hilang dalam perjuangan (mising in action).

Gerakan tersebut harus dimulakan segera agar penyertaan aktiviti pada masa akan datang dapat disertai dengan lebih ramai lagi.

Insyallah!

Maaf jika terdapat salah bicara dari insan yg hina.


535474 Samsul coach

Tuesday, 28 April 2009

Tersirat & Tersurat..

Salam sejahtera brader..

Maaf yer bercakap sikit.. ni kisah persiapan reunion yang akan datang. Semua cadangan untuk kutipan duit tu adalah baik sekali. Saya menyokong semua cadangan yang sedia ada.

Tapi kalau difikirkan berapa kerat ajer yang menerima atau mengambil berat cadangan ini. Mungkin yang selalu melayari blog sahaja kot... bagaimana yang lain. Reunion ni sebenarnya bukan satu perkara kecil.

Ianya perlu hadir dari hati yang ikhlas, yang memikirkan skot2 semua macam adik beradik sendiri. Jadi keinginan untuk berkumpul tu menjadi lebih tinggi. Saya mencadangkan supaya 5411 Izadin ker, 5445 Suak ker, 5466 Rosli Tawil ker.. hee! hee!, 5408 Ishmayel ker atau siapa2 yang handal tolong buat satu definasi atau makna atau keluarkan apa tujuan sebenar reunion .

Apa yang kita dapat atau faedah jika buat reunion. Sebarkan pada semua skot2 kita. Mungkin dengan cara ini boleh menarik lebih ramai lagi kehadiran atau penyertaan. Bukan sekadar kehadiran ibarat melepas batuk di tangga. Bagi saya 535486 App Tajuddin, reunion adalah sesuatu yang indah, kerana skot semua ibarat keluarga yang sehati sejiwa dimana susah senang dulu kita lalui bersama.

Perasan rindu dan ingin selalu berjumpa dengan semua tetap tersemat di hati. Ingatlah bukan nya suatu perkara mudah yang pernah kita alami semasa di Kem Segenting. Hanya kawan2 iaitu skot yang menjadi tempat mengadu masaalah dan memberi kita semngat untuk meneruskan perjuangan.

Kenangilah semua kenangan semasa di Segenting bersama2 skot kita yang masih ada atau pun yang telah tiada. Dan kita yang perlu membuat sesuatu agar supaya persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Semuga intake 22 akan terus bersatu dan kita sama2 berganding bahu untuk meneruskan kehidupan dalam dunia globalisasi.

Sokonglah reunion kita.

Hidup skottttt!


taj 5486

Monday, 27 April 2009

POP di Kg Sawah

Salam sejahtera brader..

Kabare wak.. ya! Ni ada beberapa keping foto semasa di Kg Sawah. Berpeluh aku dibuatnya..almaklumlah! lama tak berjemur!


Anyway, aku happy gak berjumpa dengan skot brader 22, junior aku brader 21 dan juga jurulatih ketenteraan iaitu Sarjan Bukhari (dah pencen). Sjn Bukhari hadir kerana anaknya Passing Out (difahamkan ketiga-tiga anaknya adalah produk AFATS).


Aku duk pusing-pusing area pameran kot2 terjumpa dengan muka-muka yang aku kenal.. tu dia..!! Sarizan aka toya, Itol ni memang lepak satu hotel ngan aku dan juga PWII Musa.. ( coz hang pakai uniform, sebab tu aku mentioned).


Sempat juga aku nengok aksi TTS dan 'showmanship' dari Pancaragam Armor (perghh! lu all dah advanced, ada improvement siap gelek2 lagi.. dah cam brassband Sek Tun Fatimah lakss..ahakss!).


Opocot..! mak kau, tertonggeng laks aku..


Foto kat bawah ni aku rakamkan sewaktu aku dah nak balik dari Kem Kg Sawah.. hamba Allah 3 orang ni lama sangat aku tak jumpa.. S/Sjn Rizal tu junior aku dari 'C' Coy intake 23, Faisal Pucat dan PW2 Hishamudin..


Bukan main segak skot..

Sekian.


Aku Budak AFATS

Sunday, 26 April 2009

Survey Cadangan Kutipan Yuran Reunion 2012

Salam sejahtera brader..

Untuk makluman brader sekalian, AFATS Brader 22 blogspot.com akan menjalankan survey selama 10 hari untuk mengetahui reaksi dari brader-brader 22 sekalian.

Jika survey mengatasi 60% dengan syarat iaitu seramai 30 org brader yang telah membuat survey maka pencalonan untuk melantik bendahari akan dibuat.

AFATS Brader 22 blogspot.com juga akan mengambilkira pandangan serta idea dari brader 22 sekalian dalam sesuatu keputusan yang akan diambil.

Sila buat undian untuk survey tersebut, hanya satu kali undian sahaja supaya ia dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dan memastikan ketelusan dalam survey tersebut.

Sekian Terima Kasih.

Saturday, 25 April 2009

Idea & Pandangan...

Salam brader semua..

Mengenai perlantikan bendahari tu, saya bersetuju dan mencadangkan perlantikan dibuat seramai tiga orang dan ujudkan satu akaun atas tajuk afats22 dan mempunyai tiga nama bendahari untuk setiap proses pengeluaran wang.

Dan cadangan untuk sumber kewangan tu saya berpendapat antara group kita ni terdapat beberapa usahawan dan kontraktor yang terlibat dengan projek bekalan dan binaan kerajaan.

Jadi saya mohon daripada skot-skot kita yang mempunyai jawatan pegawai dalam sektor kerajaan atau tentera supaya memberi peluang kerja-kerja (kontrak/tender) dalam jabatan tersebut. Seperti Workshop, Ordnan (Mejar Azmi Kadiran), RAMD (Mejar Edafi, Mejar Awis & (Lt. Kol) Mej Syed Suhairi aka cheng dll), MP dan sebagainya.

So.. sebahagian dari keuntungan tersebut boleh disalurkan ke tabung afats22. Saya rasa kalau ini dapat dilaksanakan pasti tabung itu akan mempunyai nilai dana yang tinggi dan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dan terbaik.

Saya mohon kerjasama dari skot-skot kita terutamanya pegawai2 tentera yang memegang jawatan2 yang berkenaan.



"awat duk pandang aku semacam.. sebelum mai sini aku mandilah"

Info & Cadangan 5486 Taj aldin.