Saturday, 25 April 2009

Idea & Pandangan...

Salam brader semua..

Mengenai perlantikan bendahari tu, saya bersetuju dan mencadangkan perlantikan dibuat seramai tiga orang dan ujudkan satu akaun atas tajuk afats22 dan mempunyai tiga nama bendahari untuk setiap proses pengeluaran wang.

Dan cadangan untuk sumber kewangan tu saya berpendapat antara group kita ni terdapat beberapa usahawan dan kontraktor yang terlibat dengan projek bekalan dan binaan kerajaan.

Jadi saya mohon daripada skot-skot kita yang mempunyai jawatan pegawai dalam sektor kerajaan atau tentera supaya memberi peluang kerja-kerja (kontrak/tender) dalam jabatan tersebut. Seperti Workshop, Ordnan (Mejar Azmi Kadiran), RAMD (Mejar Edafi, Mejar Awis & (Lt. Kol) Mej Syed Suhairi aka cheng dll), MP dan sebagainya.

So.. sebahagian dari keuntungan tersebut boleh disalurkan ke tabung afats22. Saya rasa kalau ini dapat dilaksanakan pasti tabung itu akan mempunyai nilai dana yang tinggi dan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dan terbaik.

Saya mohon kerjasama dari skot-skot kita terutamanya pegawai2 tentera yang memegang jawatan2 yang berkenaan.



"awat duk pandang aku semacam.. sebelum mai sini aku mandilah"

Info & Cadangan 5486 Taj aldin.

No comments:

Post a Comment