Wednesday, 8 April 2009

Bayaran RM 50 - utk reunion

Untuk pengetahuan semua skot, tujuan kita membuat kutipan awal (pre-paid- dengan izin) adalah bagi melancarkan proses tempahan makanan, dewan dan semua urusan yang berkaitan dengan wang. Jadi, belum terlambat untuk tuan-tuan berbuat demikian dan menyebarkan berita kepada skot yang lain akan perkara ini.

Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk membayar pada 18hb ni, ia kurang membantu pihak komiti kerana segala keperluan persediaan di bayar secara tunai dan saya tidak membenarkan / menggalakkan sesiapapun di kalangan komiti untuk mengeluarkan 'advance' bagi menggelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku seperti.... dah keluar duit, tapi skot ramai tak datang.. sapa yang rugi? Jadi, Oleh kerana kerja-kerja meng"organise" ni di lakukan secara sukarela, saya mengharapkan semua skot dapat menyelami dan memahami akan sebarang permasalahan yang kami hadapi. Komiti AFATS22 bukanlah satu organisasi yang besar yang terdapat didalamnya pekerja sepenuh masa yang mengkoordinasikan karenah pelanggan, tidak... kami juga seperti tuan-tuan yang terpaksa datang dari luar PD untuk berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.....

Berkaitan dengan tempat tinggal, ramai skot yang bertanyakan saya tentang masalah ini, ini juga menambahkan kepeningan komiti, sebab itu, kami memutuskan untuk skot-skot semua menguruskan penginapan sendiri bagi membantu mengurangkan kepeningan yang pihak komiti yang dah sedia pening.

Skot2 sekelian, dengan penjelasan ni, harap semua skot tahu apa nak buat dan buat ( jangan tahu apa nak buat tapi tak buat pulak...), sebarang kekurangan, pihak komiti memohon ampun dan maaf .

535466 APP Rosli Bin Md Tawil
B Company, Platun 3

No comments:

Post a Comment