Tuesday, 14 April 2009

Atucara Majlis Reunion X- Afats Pengambilan ke-22 (1989~1991)

Tarikh 18 April 2009

8 am - 10 am
Perbarisan Tamat Latihan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat bertempat di Kem Kg. Sawah.

Pakaian yang bersesuaian ( jangan pakai selipar/sandal nak masuk kem )

10 am - unknown
AGM X-AFATS akan di adakan di Kem Kg. Sawah.
Kebiasaannya mesyuarat di adakan di Kem Kg. Sawah setiap tahun selepas perbarisan tamat latihan.

Skot2 boleh mendaftar dan bayaran RM50 keahlian seumur hidup (tiada paksaan).
Sticker kereta ada dijual iaitu RM10 untuk 2 keping.

Jika terikat dengan jadual aktiviti reunion AFATS22, teruskan dengan aktiviti kita.

3.30 pm
Ketibaan di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang.
Pakaian yang bersesuaian, pakai sandal pun boleh, nak main pasir tepi laut.
Kalau nak pakai long sleeve, terpulang kepada anda.

4.00 pm
Sukaneka bertempat di Dewan Bagan Pinang:
- Permainan kanak-kanak Tahap 1
- Permainan kanak-kanak Tahap 2
- Permainan Keluarga

Acara diselia oleh brader Rosli dan brader Hj Nazarudin.

6.00 pm
Bersurai & free easy

8.00 pm
Ketibaan & Pendaftaran bertempat di Dewan Bagan Pinang
Pakaian Smart, Kasual, Jubah Arab, Kurtah Pakistan, ikut suka hati lahh.. Janji tutup aurat dan urat.. Janji hensemm!!

8.30 pm
Ucapan Pembukaan & Mesyuarat Post-Mortem.

DJ bertugas Samsul Coach dan program malam akan dikendalikan oleh Rafinizal dan Haizal.

Pengumpulan Data
Diminta semua skot mengisikan borang maklumat untuk tujuan kemaskini data.

Dikendalikan oleh Mael Sarawak - Data Entry dan Ishmayel - form.

Tayangan Slide dan sesi karaoke bagi mereka yang suka melalak sambil menikmati juadah makan malam.

Tayangan slide disediakan oleh Ishmayel Suleiman.

10 pm
Bersurai

Sesi borak-borak kosong bagi mereka yang berminat.. ada usul dari Samsul coach ajak main bowling..

Untuk makluman brader 22 semua, jika ada idea yang menarik untuk penambahan aktiviti.. Sila nyatakan dan emailkan kepada Urusetia Ishmayel/Rosli atau kepada afats22@gmail.com.

Info 5466 Rosli Tawil

No comments:

Post a Comment