Tuesday, 28 April 2009

Tersirat & Tersurat..

Salam sejahtera brader..

Maaf yer bercakap sikit.. ni kisah persiapan reunion yang akan datang. Semua cadangan untuk kutipan duit tu adalah baik sekali. Saya menyokong semua cadangan yang sedia ada.

Tapi kalau difikirkan berapa kerat ajer yang menerima atau mengambil berat cadangan ini. Mungkin yang selalu melayari blog sahaja kot... bagaimana yang lain. Reunion ni sebenarnya bukan satu perkara kecil.

Ianya perlu hadir dari hati yang ikhlas, yang memikirkan skot2 semua macam adik beradik sendiri. Jadi keinginan untuk berkumpul tu menjadi lebih tinggi. Saya mencadangkan supaya 5411 Izadin ker, 5445 Suak ker, 5466 Rosli Tawil ker.. hee! hee!, 5408 Ishmayel ker atau siapa2 yang handal tolong buat satu definasi atau makna atau keluarkan apa tujuan sebenar reunion .

Apa yang kita dapat atau faedah jika buat reunion. Sebarkan pada semua skot2 kita. Mungkin dengan cara ini boleh menarik lebih ramai lagi kehadiran atau penyertaan. Bukan sekadar kehadiran ibarat melepas batuk di tangga. Bagi saya 535486 App Tajuddin, reunion adalah sesuatu yang indah, kerana skot semua ibarat keluarga yang sehati sejiwa dimana susah senang dulu kita lalui bersama.

Perasan rindu dan ingin selalu berjumpa dengan semua tetap tersemat di hati. Ingatlah bukan nya suatu perkara mudah yang pernah kita alami semasa di Kem Segenting. Hanya kawan2 iaitu skot yang menjadi tempat mengadu masaalah dan memberi kita semngat untuk meneruskan perjuangan.

Kenangilah semua kenangan semasa di Segenting bersama2 skot kita yang masih ada atau pun yang telah tiada. Dan kita yang perlu membuat sesuatu agar supaya persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Semuga intake 22 akan terus bersatu dan kita sama2 berganding bahu untuk meneruskan kehidupan dalam dunia globalisasi.

Sokonglah reunion kita.

Hidup skottttt!


taj 5486

2 comments:

  1. Bob, perut dah sama besar ngan kete.. u got it! u got it!

    ReplyDelete
  2. Fu dasat la kambing skrg...
    dah pandai naik keta dah...


    5469

    ReplyDelete