Wednesday, 29 April 2009

Kutipan RM10

Salam semua skot,

Dah agak lama juga saya tak dapat hadir di alam cyber ini. Malam ini saya terpanggil untuk membukanya. Saya juga telah mendapat khabar yang ada ura-ura cadangan untuk membuat kutipan dan mengadakan mesyuarat mengenai re-union akan datang.

Bagi saya, masih terlalu awal untuk membuat kutipan dan amountnya juga agak terlalu kecil ( RM10 setiap bulan) tetapi akan mendatangkan masalah yang besar jika tidak di kendalikan dengan betul. Pada hemat saya., saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Samsul coach untuk adakan kutipan 6 bulan awal dari tarikh yang di cadangkan.

Kita boleh mula bermesyuarat mengenai re-union pada Januari 2012 dan kita rancang akan buat pada Jun 2012. Pada masa itu, saya jangka, semua skot2 ada banyak masa memandangkan majoriti dah pergi kursus peralihan ( dah nak pencen le katakan...++ dah tua le tu) .

Apa yang dikatakan oleh Bob Tajudin ada benarnya, sebagai perlantikkan skot2 yang berjawatan tinggi dan berkebolehan menjadi pengerusi atau seumpama dengannya. Ini juga satu penghormatan bagi skot-skot kita yang berjaya dalam karier yang di ceburinya.

Secara tidak langsung juga cara ini dapat banyak membantu urusan program-program yang akan kita jalankan di masa akan datang. ( Bukan nak salah guna kuasa ni!)

Kebaikkan kita berkumpul semua bukan hanya untuk berbual kosong, mengeteh dan sebagainya, kita juga sepatutnya mengambil kesempatan yang ada untuk bertukar-tukar fikiran, pendapat mengenai apa sahaja tak kira bisnes, hal politik atau hal agama yang mana perlu dalam usia sepert kita. Untuk hidup, kita perlukan keperluan hidup, untuk mati, kita perlukan keperluan mati., untuk bernegara, kita perlukan sifat kenegaraan, untuk pendidikan anak2, kita perlu persiapan yang agak panjang.

Skot, dimanakah kita berada?? Adakah kita masih lagi leka?

Beriadah adalah satu keperluan manusia, tapi kalau kita terlalu beriadah, apa kejadahnya? Belajar juga begitu, makan juga begitu, politik juga begitu, tetapi beragama... adalah satu yang infiniti, tiada satu noktah dalam hal ini dan merangkumi semua aspek.!!

Skot2 sekalian, saya harap semua skot-skot bertenang, ambil sedikit masa untuk berfikir dan jangan pula jadi negative setelah membaca tulisan saya ni...

Sekian.....


535466 Cfn Rosli ...
dah 18 tahun Krafman... lom naik pangkat lagi... tak tau rasa macamana naik pangkat!!

No comments:

Post a Comment