Sunday, 12 April 2009

Setelah 18 tahun tak jumpa.

Samsul, Rosli dan Isman.
Ini gambar terbaru, 11 Apr 2009 di Stadium Titiwangsa K.Lumpur

Salam semua skot,
Semalam saya ke Kuala Lumpur bertemu Isman & Samsul setelah 18 tahun tidak bertemu, Isman kelihatan sama ( eh betul ke ?) seperti dulu, cuma muka dah hitam sikit ( pasal main panas kot?) dan dah tentu nampak berumur sikit... takde la nampak macam budak budak. Samsul pula pada mulanya tidak camkan saya, ok la tu, saya pun tak ingat muka dan nama semua skot saya, lebih lebih lagi yang low profile macam saya ni... kalangan penyamun je yang kenal kita...hehehehe...

Khabarnya Isman dan Samsul tidak dapat hadir di majlis re-union kita pada 17 & 18 Apr 2009 ni di sebabkan dah lama tak balik Taiping kerana tugas yang di jadualkan berakhir hari ini (12 Apr). Tugas menjadi tuan rumah Sepak Takraw Peringkat Kebangsaan bukanlah sesuatu yang mudah. Selama hampir 3 minggu tak balik...!!!! Selamat bertugas.

1 comment:

  1. ini muka platun 3 'B' Coy, saper tak kenal.. hantu pucung ngan pontianak harum sundal malam pun bleh lari...

    ReplyDelete