Tuesday, 21 April 2009

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih..

Assalamualaikum & salam sejahtera brader sekalian..

Reunion kita baru-baru telah berjaya diadakan dengan meriah sekali..
Bagi brader2 yang datang, tentu merasa puas walaupun dari jauh kita memandu.. ada yang datang dari Penang, Kedah, Ipoh, Cameron Highlands, Kuantan, KL, Kluang, Melaka dan yang berdekatan seperti Putra Jaya, Gemas dan Seremban.

Walaupun yuran penyertaan dibayar dengan harga yang agak berpatutan kerana pakej makanan termasuk keluarga dan penginapan adalah sendiri.. tiada masalah bagi brader sekalian.
Hidangan yang disajikan rasanya kurang disentuh atau dijamah kerana banyak masa dihabiskan dengan bergurau senda, bertanya khabar dan pelbagai kerenah dirakamkan secara tak langsung perut jadi kenyang laks..

Ribuan terima kasih kepada komiti seperti Shamsul Coach ( Financial Controller), Ishmayel Suleiman ( Event Manager ), Rosli Tawil ( Organizer ), Kamsani ( F&B Manager ) dan juga nama-nama lain yang yang berusaha menjayakan majlis ini sempurna.

Brader-brader yang merakamkan foto pada majlis tempohari kalau boleh emailkan ke afats22@gmail.com, kerana dapat kita kongsi ramai-ramai melihat foto tersebut..

Bagi brader 22 yang tak hadir tanpa alasan yg konkrit, rasanya tak rugi kalau dapat joined kita orang..

Sekian semoga brader 22 sekalian beroleh kesejahteraan hendaknya dan Selamat Maju Jaya..




p/s: sesiapa yang ada ambil gambar Duan, kalau boleh emailkan..nak masukkan gambar dia dalam foto ni...

1 comment:

  1. salam semua skot.. sorry byk2 tak dapat join reunion. aku baru balik outstation.
    5417kelana putra

    ReplyDelete