Wednesday, 29 April 2009

Matang & Tindak

Salam semua skot

Terasa terpanggil laks untuk memberikan pendapat berkenaan kutipan bagi menjayakan reunion yang akan dilaksanakan di Cameron Highlands akan datang pada tahun 2012, insyaallah!

Pada pendapat aku, mengenai kutipan sebanyak RM10 yg dicadangkan itu baik. Tetapi ia lebih banyak menyumbang kepada 'side effect' yang tidak baik terutama bagi skot yang dipertanggungjawabkan untuk 'manage' kutipan tersebut.

Amat tidak adil kepada skot tersebut memandangkan ia masih mempunyai tugas-tugas hakiki yg lain. Jgn pandang remeh kerana menguruskan kewangan adalah satu tanggungjawab yang besar. Tambahan pula ia melibatkan kutipan yang kecil, lain ler kalau sebulan RM200 ke!

Pada pendapat aku pada usia kita sekarang.. saya rasa kita sudah matang dalam membuat tindakan berhubung dengan masalah kewangan ini. Kalau terlalu sukar sangat melaksanakan cadangan tersebut, dicadangkan skot membeli tabung sendiri labelkan ia tabung reunion dan simpanlah sendiri sebanyak RM10 sebulan. Ia lebih mudah dan tidak melibatkan banyak pengurusan lain.

Walau bagaimanapun aku secara lisan bersetuju ia diadakan, tetapi dlm tempuh 6 bulan awal sebelum hari reunion itu dilaksanakan. Itulah sebagai komitmen kita bagi menjayakan apa yang dirancangkan. Terlalu lama sangat kalau kutipan dimulakan sekarang, sedangkan pelbagai perkara boleh terjadi pada masa akan datang. Jangan sebab kutipan yg kecil ini, ia akan menyebabkan permasalahan yg lebih besar akan berlaku.

Perkara yang lebih penting sekarang ialah mempromosi dan mencari skot-skot yang masih hilang dalam perjuangan (mising in action).

Gerakan tersebut harus dimulakan segera agar penyertaan aktiviti pada masa akan datang dapat disertai dengan lebih ramai lagi.

Insyallah!

Maaf jika terdapat salah bicara dari insan yg hina.


535474 Samsul coach

No comments:

Post a Comment