Tuesday, 21 April 2009

Salam Brader Skot..

Salam buat semua...

Semoga semuanya sihat sentiasa. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepda semua yang dapat hadir untuk majlis reunion 18hb April 2009 yang lalu.

Dengan sokongan semua, majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar sekali. Dan terima kasih kepada semua yg menjayakan pentadbiran majlis tersebut. Apa pun dari hati saya amat gembira sekali dapat bertemu semula semua rakan2 yang sama2 menghadapi susah dan senang kehidupan di Kem Segenting.

Namun berkat kesabaran kita akhirnya semuanya berjaya hingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada brader kita intake 21 yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman hidup pada kita. Dan sehingga hari ini saya masih tersenyum kerana masih teringat suasana yang menggembirakan di majlis reunion kita.

Namun saya masih belum puas kerana tidak dapat berjumpa dengan semua sekali intake 22. Dan saya harap pada majlis akan datang supaya penyertaan akan dapat kehadiran 100%. Dan saya mencadangkan kita akan membuat pasukan jejak kasih meliputi empat kawasan utara, selatan, timur dan barat sehinggalah Sabah dan Sarawak.

Sekian terima kasih.

Rindu pada semua.



Ikhlas Taj aldin 5486.

2 comments: