Saturday, 11 April 2009

Jom Reunion Skot..

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Apa khabar brader 22 sekalian, nampaknya hanya tinggal tak berapa hari lagi untuk kita menjayakan gathering pada 18 April 2009.

Hampir 20 tahun sejak keluar dari AFATS dan ada diantaranya yang kita langsung tidak berjumpa.. jangan terperanjat kalau ada yang fizikal atau bentuk muka yang berubah secara total.. Itulah lumrah alam, peredaran masa mengajar kita erti persahabatan dan insyallah.. agar sahabat sekalian jaga diri baik2 semoga dengan izin Allah dapat kita bertemu pada Sabtu depan dan berpisah kembali selepas itu..

Buat skot2 yang tidak hadir pada Sabtu 18 April 2009, aku harap mereka yg berdekatan bolehlah luangkan masa bersama.. kami yg jauh2 pun mai. inikan pula skot yg ada di persekitaran berhampiran.. kehadiran skot sekalian amat bermakna dalam erti persahabatan sepanjang hayat AFATS/SPPTD..

Wassalam

Aku Budak AFATS

No comments:

Post a Comment