Monday, 23 March 2009

Aku, Gitar, Fighter Pilot & AFATS

Masa aku berumur 11 tahun, aku tanamkan cita cita ku untuk menjadi Fighter Pilot , masa tu yang canggih aku tahu ialah A4 Sky Hawk, bila jet tu lalu kat rumah aku, aku cakap kat mak aku... mak, nanti saya akan bawak kapal terbang tu, landing kat belakang rumah ni, ambik emak.

Lalu aku belajar bersungguh sungguh untuk mencapai cita cita ku itu. Aku mendapat 5A atas dorongan sendiri dan datuk ku yang juga bekas tentera di zaman British dulu.
Lalu aku pergi temuduga RMC di Kem Terendak Melaka, malangnya aku takde cable, orang lain datang dengan Mercedes, bapak hantar entah anak menteri entahkan apa, tapi nasibku anak peneroka Felda bagaikan intan tidak di gilap. Pendekkan cerita, aku pun gagal di kalahkan anak anak Jeneral2, Kolonel2, Datuk2 dan Tan Sri2.

Tetapi atas sikap ku yang penuh minat , aku mencuba sekali lagi apabila keluar result SRP, kali ni, aku masuk AFATS kerana khabarnya, kita boleh mencapai apa sahaja kalau kita mahu. Ketika itu, aku sudahpun mula bermain gitar, main cedok cedok (lagu separuh separuh), tetapi.. minat ku mula terhenti ketika berada di tingkatan empat, sebab masa tu sibuk kena belasah dengan big brader hari hari, kena basuh baju, kilat kasut.

Bila aku berada di tingkatan 5, aku pun tak pernah basuh baju, sebab masa tu aku ada ramai BATMAN...dan masa itu lah aku ada banyak masa untuk main gitar....

Lihatlah..... bahagianya aku, Dini, Edafi, Faroq ketika kami jadi Big Brader, sambil lelap pun boleh main gitar.......

Bersambung...........

sumbangan artikel 5466 Rosli Tawil

No comments:

Post a Comment