Tuesday, 31 March 2009

Re union 2nd meeting

Assalamualaikum semua skot,

Ni nak habaq kat hangpa suma... orang utara baru tau kita nak buat re union ... tadi Isman call aku baru nak tanya ,, orang Taiping , Pak Ya .. hang duk tang tak habaq ka kat kawan kawan kita tang tu...

Ok , hari Ahad depan, 5 April 2009., Lbh Kurang pukul 1:45 ptg ( Kalu jam askar kata 1345) kira2 lepas Zohor la, aku cadang nak buat meeting kat depan Masjid Bagan Pinang, Kat dewan serbaguna yang kita plan nak buat gathering tu...

Objective :
1) Utk buat ''site visit'' tempat yang kita nak buat tu.
2) Utk discuss lebih detail activity yang kita nak buat pada hari gathering tu nanti.

Antara yang akan hadir ( confirm insya'allah)
1) Rosli
2) Samsul coach
3)Ishmayel
4)Haizal
5)Rafinizal
6)Keyrol Lebai

Orang penting (tuan rumah -PD)
1) Aimisyah
2)Kamsani- Dewan
3)Hj Nazarudin
4)Hishamudin - Caterer

Ini memandangkan maklumat terbaru kita dah ada 22 orang yang dah bayar, mungkin ada penambahan lagi tu, sebab ramai yang malas nak pegi bank masuk duit.... (kot???... jangan marah haa) bagi mereka yang suka buat keja ''last minute'' , tolong le jangan buat cam tu...

Kalu ingat balik , teringat Arwah Tejaq, ''Last man''...... itulah last man b company... Yusdi- MIA ( last aku jumpa 1996- Dini, Aklif, Rani dan beberapa skot yang masuk kadet masa tu, passing out kadet), Nazri Jelebu - MIA, aku selalu lalu depan rumah dia kalu balik kampung, ... tapi tak tau la , hidup lagi ke tak...

5466 Rosli Tawil

Monday, 30 March 2009

UPDATE Payment Listing 1830hrs 300309

Salam braders..

Setakat ni respond dari brader 22, perghhh..!! teruja dibuatnya..Seramai 21 brader sudah registered utk hadir..

Diharap brader yang lain follow sama yer..

Wassalam
Info dari 5474 Coach..

Sunday, 29 March 2009

Kisah Batu Feringgi...

Foto diambil sewaktu perkhemahan di Bt. Feringgi.. happy sakan time ni sebab baru habis exam SPM.. dan tiba waktunya untuk menjalani latihan ketenteraan selama 5 bulan..

Sedang bermandi-manda di Bt. Feringgi Waterfall, dari kiri Yap, Husaini, Ridzuan, Khalsnie, Asyraff, Rani, Rahmatullah memeluk Fakrorazi dan Azham..

Sewaktu persiapan nak pergi ke Penang, memang thrill coz arrangement utk 3 ton ada masalah.

Punyalah lama kami duk tunggu dari pagi lebih kurang dalam 0830 hrs patut bertolak dari AFATS Kem Segenting..

Tunggu punya-punya tunggu, itu 3 ton tak muncul2.. silap2 haribulan time tu harus Kapten Johari kena 'forward roll' dengan kita orang ( aichehh, ada berani..). Camner organize 3 ton tak sampai-sampai lagi..

Last dlm pukul 1100 hrs ( tak pasti time waktu tu).. adalah sampai sebuah bas dan 3 x 3 ton.. Memang tak sempat nak catch up train dari Seremban.. so, dah cam F1 laks berkejaran ke Stesyen Keretapi KL..

Dari kiri saper lagi.. Asyraff a.k.a suak, Khalsnie, Husaini
dan Izadin.. sewaktu dlm coach kelas 1 ke Butterworth.


Sampai kat KL pun dah cam nak gi perang aku nengok time tu... berterabur turun kat tengah jalan.. Alhamdulillah dapat gak naik train pi Penang..
Kalu tak, intake kita orang camping kat Blue Lagoon selama 7 hari lah jawabnya.. aichehhh..!

5445 Asyraff Sharif






Saturday, 28 March 2009

UPDATE Payment Listing

Salam sejahtera..

Untuk memudahkan urusan bagi skot braders yang mengambil tanggungjawab untuk menjayakan 'Majlis Perjumpaan Bekas Perantis Putera AFATS 22' pada 17 & 18 April 2009 di minta kerjasama untuk membuat bayaran tersebut.

Ini memudahkan untuk membuat pembayaran deposit bagi penyediaan tempat, makanan dan sebagainya..

Info ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Terima Kasih

Info dari 5466 Rosli Tawil

Banner Pertama AFATS BRADER 22 blogspot.com


Aku dah tukar banner baru.. dan banner ni aku publish kat sini..
Aku doa semoga laman blog ni akan kekal sampai bila-bila seperti kita bersahabat..

Aku harap ia akan menjadi satu lipatan sejarah bagi kita semua.. sebagai pertemuan sulung AFATS 22 setelah 20 tahun dari tahun kita bergelar Perantis Putera.

errrr..agak2 lah kalu banner ni capai usia 30 tahun nanti, kalu lelong laku tak..

aichehhh...

Wassalam

5445 Asyraff Sharif

Friday, 27 March 2009

Coretan Kenangan...

Foto pada Julai 89, masih lagi dalam latihan orientasi ketenteraan selama sebulan. Aku nengok dah macam bintang 'pilem' zaman P. Ramlee pulak Izadin dan Rosli ni.. Puas aku edit gambar ni nak bagi nampak clear..

Duduk tepi dinding tu, Rani ( hang buat apa tu, habaq cheq betui2..hang duk karang surat cinta ya..). Sebelah tu plaks Ishmayel.. yang duk menempel belakang tu Rosli, Ismadi dan Amri ( baju biru ). Duduk nampak muka allahyarham Khairul.. mana laks aku time 'prep' ni.. mungkin aku kat madrasah agaknya..

Foto oleh 5466 Rosli Tawil


Wednesday, 25 March 2009

Kompeni Hamid Bidin ( 'B' Coy )


Kompeni Hamid Bidin atau 'B' Coy.. terdiri dari 2 platun iaitu platun 3 dan platun 4. Foto diambil semasa tahun 1 ketika baris makan iaitu 1800hr ( 6pm ). Kalau sekolah kat luar time ni buat apa agaknya..
Skot aku ni termasuk aku sekali memang mewarisi bakat dari brader aku.. al maklumlah, bila jadi big brader saper yang berani lalu depan bilik kami platun 3.. Terpaksalah skot aku ngan aku2 sekali buat road block.. supaya junior lalu depan bilik aku.
Huuhh! nak citer pasal platun 3 ni.. tak bleh abis nyer. Ngeri kalu sesiapa junior yang termasuk bilik platun 3.. Berapa banyak capoi nak kena singgah..
Ibarat kalau bawa masuk sepinggan nasi untuk sorang brader, kalau dah ramai yang cukai.. alamatnya kena 2-3 trip lah pi cookhouse...
5445 suak
al-fatihah buat skot allahyarham Zulfakri a.k.a Teja & Kamal..

Banner Brader 22 Earth Hour


Kompeni Osman Jewa ( 'A' Coy )

Foto 'A' Coy diambil pada tahun 1.. paling berdisiplin dalam bab baris nak pergi makan.. Bab-bab makan bagi kat 'A' Coy dulu..tu lah pasal ramai yang pewai..( ahakksss!! )

Barisan belakang:
Rani, Ariff, Rahmatullah, Tarmizi, Shuib, John Tanggang, Norazlan, Makju, Zamri, Asri, Dini, Koh Chin Yap, Azlan sok sek, Khairul(meninggal dunia), Bob Nazaini, Herman Jawa.

Bhg Hadapan:
Hasmady, Raduan, Mustaza, Razak, Syed Khalili, Goh Tian Haw, Jalaluddin, Samsul Coach, Ismar Marjoni, Azmi Kadiran.

Foto dibawah ketika persiapan pertandingan antara 'Kompeni Betis Paling Keding'..
Disebelah kanan sekali kelihatan Ismadi sedang menayangkan betis juara kedingnya..



Foto ini diambil semasa waktu pagi sebelum pertandingan merentas desa ..dulu semua slim n fit.. Now…hehehe...

By 535474 Samsul Coach

Al-Fatihah buat allahyarham Khairul..

pewai - cepat letih/pancit

Miss u all from Coach.

Bunting Selamat Datang AFATS Brader 22







Kompeni Mohd Sani ( 'D' Coy ) Latihan di Batu Feringgi Penang

Kompeni 'D' bersama Kapt Johari ( Penyu ), brader
ni semua adik2 sayang pada App Sjn Zaidi.. ehehh..jangan maraah haa..
Foto diambil semasa pendakian ke Bkt Bendera dari arah Batu Feringgi

Sumbangan foto oleh 535403 Ghazali Sulaiman a.k.a Pakya

p/s: klik atas imej utk besarkan





Aku Budak AFATS II

Memang sudah menjadi tradisi bagi AFATS, langkah pertama AFATS braders dan juga yang akan memasuki AFATS bermula dari Stesyen Keretapi Seremban..

Sepatutnya apabila majlis re union hendak diadakan, AFATS braders kena berkumpul di Stesyen Keretapi Seremban (idea jer)... so dari sini aku menaiki 3 ton ( masa ni tak tau apa dia 3 ton tu, biasanya panggil trak askar jer). So bermulalah perjalanan ke Port Dickson dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan..

Masa tu tahun 1989, mana ada highway lagi..dari Pekan PD melalui jalan Pantai, pemandangan memang cantik..masa tu lahh.. bila dah lama duk PD.. pecah kepala beb!! pekan koboi ( satu kali tawaf jer)..

So, sampailah di AFATS Kem Segenting.. cuaca agak panas.. turun 3 ton kat square pastu berbaris lintang pukang jer time tu.. maklumlah civillianlah katakan..

Duk kira strength berapa org ada.. mana lah tau kot ada yang terjun 3 ton tgh jalan..
Ok semua cukup.. tempat tidur dibaginya sebelah kantin dekat dengan cookhouse.. Masa ni member yang aku kenal pasal depa capoi dekat ngan aku Ishmayel Suleiman ngan Rani..

Ada gak nampak brader intake 21 masa tu gi cookhouse..muka toya jer.. pasal time tu brader dia org, kira super brader aku lah masih lagi dalam latihan ketenteraan..

Dah dapat tempat kat mana nak membuta malam tu, apa lagi pekena nasi kawah lah..kira orait!! perut lapar beb..!

Apa-apa hal aku chaloo dulu..

to be continued...

535445 Asyraff Sharif a.k.a suak

istilah AFATS/Army:
3 ton - trak
square/tikar sejadah - pdg kawad
capoi - katil

Tuesday, 24 March 2009

Memori Tak Dapat Ku Lupakan..( Rockers )

Salam skot..
Kehidupan di AFATS penuh nostalgia, zaman remaja telah dikorbankan dengan menjalani kehidupan sebagai Perantis Putera...

Depan sebelah kanan sekali ni yang selalu take cover.. saper lagi kalu bukan DJ Radio terkenal Malaya..Ismahalil Hamzah.. waduh..! wak halil bawa ration sate arnab....

Dari kiri: yang pakai skirt tu Khalsnie, Isman, yang angkat tangan 3 orang tu pemenang pertama ketiak paling bersih kat AFATS Nazri Sungkai, Zaini, Azham, Nazri Jelebu ( brader ni kalu kepala dalam locker..sah mesti tgh makan maggie..) , Ishmayel, Izadin, Husaini & Cik Norhisyam.. Duduk pegang gitar Willie, Rosli Tawil ( juara betis paling lawa kat AFATS ), staff Ayub ( kalau tak salah nama), Wak Halil ( DJ ), Sham dan depan duduk atas tanah tu aku lahh org duk panggil suak...

Masa ni dah jadi 'Big Brader'..hawau!! time ni patut dah pergi 'prep hour'.Foto ni kalau masa dolu-dolu ni..bleh kantol pasal bawa nasi balik bilik..


Sumbangan foto 5466 Rosli Tawil
Artikel disumbang oleh 5445 Asyraff a.k.a suak..

Brader Romeo 'C' Coy..



JK II Sek JLJ Si Rusa Port Dickson

Foto masa tahun 2..ni patut dah masuk 'prep hour'...tapi masih melaram kat tepi pantai..
Faisal Siam, Mael Cun, Said Apek & Rozaini..

Sumbangan foto 5469 Rozaini

AFATS Kem Segenting Bagaikan Padang Jarak Padang Tekukur..

66 anak tangga.. nak pergi makan pun kena lari turun naik tangga ni dengan PW2 Akademik En.Sharif AIRBOURNE.. pastu bukit ni kalu nak naik berlari aku tak kisah lagi. Apa ke jadahnya turun bukit berlari, tak salah aku pasal turun bukit ni berlarilah Bob Suhaidi koyak kulit muka tersembam kat batu..

Tikar Sejadah AFATS Kem Segenting

Kena langgar garuda
Salam sejahtera brader sekalian..

Pada percutian aku ke PD, aku telah melawat ke AFATS Kem Segenting..
Habis segenap ceruk aku pergi sampai ke lapangsasar PLR.. Tak de apa lagi yang tinggal.

Aku ada mengambil gambar termasuklah tempat aku kena gali perigi dekat cookhouse ( denda kerja berat kantol hisap rokok) tempat kita lepak tepi kelas, tandas kat akademik dan juga berek bilik..aku hanya dapat membayangkan saje mana tempat laluan aku dulu..hanya tinggal kesan aje..hanya tinggal simen.

Lagi bertambah malang bila hard disk aku corrupt..abis semua gambar2 tu hilang..
Aduss..! bisanya menikam sampai tongking aku..

5445 Asyraff a.k.a suak
Foto ni aku ambil dari foto album brader yahoogroups intake 15..

Kemudahan Perbankan Maybank2u.com Untuk Brader..

Salam sejahtera..
Untuk kemudahan pengunjung, Blog 'AFATS Brader 22' telah menyediakan kemudahan perbankan Maybank2u.com.

Braders tak perlu nak berkawad ambil gaji lagi.

Wassalam...

Foto Nostalgia AFATS 22

Foto dirakamkan selepas habis sesi akademik, nak kena baris makanlah pulak.. kalau dah jadi brader tak payah balik bilik terus pergi cookhouse je..
Lokasi depan stor sukan tempat baca Perintah Bahagian 1 ( short form aku lupa ) betul2 depan bilik Platun 3 'B' Coy..


Foto Tingkatan 5C bersama tenaga akademik.. Ketua kelas paling poyo 5466 Rosli Tawil..( jangan marahh haaa!! )
Sumbangan Foto 5466 Rosli Tawil.
Klik atas imej untuk besarkan..

Foto Kompeni C ( Ibrahim Sani )

Klik atas foto untuk besarkan imej.
Sumbangan foto oleh 535469 Rozaini.


Monday, 23 March 2009

Aku, Gitar, Fighter Pilot & AFATS

Masa aku berumur 11 tahun, aku tanamkan cita cita ku untuk menjadi Fighter Pilot , masa tu yang canggih aku tahu ialah A4 Sky Hawk, bila jet tu lalu kat rumah aku, aku cakap kat mak aku... mak, nanti saya akan bawak kapal terbang tu, landing kat belakang rumah ni, ambik emak.

Lalu aku belajar bersungguh sungguh untuk mencapai cita cita ku itu. Aku mendapat 5A atas dorongan sendiri dan datuk ku yang juga bekas tentera di zaman British dulu.
Lalu aku pergi temuduga RMC di Kem Terendak Melaka, malangnya aku takde cable, orang lain datang dengan Mercedes, bapak hantar entah anak menteri entahkan apa, tapi nasibku anak peneroka Felda bagaikan intan tidak di gilap. Pendekkan cerita, aku pun gagal di kalahkan anak anak Jeneral2, Kolonel2, Datuk2 dan Tan Sri2.

Tetapi atas sikap ku yang penuh minat , aku mencuba sekali lagi apabila keluar result SRP, kali ni, aku masuk AFATS kerana khabarnya, kita boleh mencapai apa sahaja kalau kita mahu. Ketika itu, aku sudahpun mula bermain gitar, main cedok cedok (lagu separuh separuh), tetapi.. minat ku mula terhenti ketika berada di tingkatan empat, sebab masa tu sibuk kena belasah dengan big brader hari hari, kena basuh baju, kilat kasut.

Bila aku berada di tingkatan 5, aku pun tak pernah basuh baju, sebab masa tu aku ada ramai BATMAN...dan masa itu lah aku ada banyak masa untuk main gitar....

Lihatlah..... bahagianya aku, Dini, Edafi, Faroq ketika kami jadi Big Brader, sambil lelap pun boleh main gitar.......

Bersambung...........

sumbangan artikel 5466 Rosli Tawil

Aku Budak AFATS

"B 'Coy' foto diambil semasa minggu orientasi"

Salam Sejahtera skot & braders..
AFATS ni banyak beri kenangan manis pada aku..Aku mula2 kenal AFATS ni melalui iklan dalam paper, memang aku tak tau camner sekolah ni.

Yang aku bayangkan, mungkin sama cam RMC... so, aku apply AFATS selepas bapak aku reject aku nyer pilihan masuk Sek. Teknik.. Aku memberontak nak pergi gak AFATS ni..so dapatlah panggilan interview.

Tempat pertama yang kita semua berkumpul, tak lain tak bukan.. haa..skot! bagi lah jawapan kat mana..

Kat mana lagi kalau bukan Stesyen Keretapi Seremban, masa tu memang tak
dapat bayang lagi camner suasana dan fizikal AFATS tu.. betul tak?

Ehh..aku sambung lain kali lah..

Wassalam..


535445 Brader Asyraff Sharif a.k.a Suak

p/s: puas aku cari gambar masa berkumpul kat Stesyen Keretapi Seremban.
Nanti kalau jumpa aku siarkan..

Sunday, 22 March 2009

Blog AFATS BRADER 22 Dalam Proses Penambahbaikan..

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Untuk makluman skot semua, blog 'AFATS BRADER 22' aku dah make up sikit2.

Aku masukkan sikit carian lain untuk keselesaan skot semua seperti 'mudah.my' untuk skot2 kita nak buat duit ke samada nak jual atau nak beli tanah, serai, buah naga, handphone dan lain2 ..



Juga aku selitkan 'converter Jawi' dan juga 'google maps'... Aku amat berharap jika ada skot yang sudi bagi gambar2 masa kat AFATS supaya dapat aku masukkan dalam blog 'AFATS BRADER 22.. Masalahnya aku kekurangan gambar masa kat AFATS.



Mungkin masa tu duit banyak guna untuk menampung rokok seharian dan maggie..( ingatkan menampung kos pembelajaran...)

Wassalam..

Thursday, 19 March 2009

Latest Update: Re union

Latest news, aku baru dapat quotation , kos makan RM18 per head, lump sum RM3240, kalu ada 50 orang datang, kos yang kena bayar RM70 setiap skot, regardless berapa yang ikut, senang kira, tapi lom negociate lagi.. ( ehem..... mahal gak tu.....18 / head) ) Tapi menunya... power gak
ada macam2.. nanti kami bincang & finalise semua costing balik.

Rosli Bin Md Tawil

Mesyuarat Brader22 Di NZ Corner Wangsa Maju

Satu perjumpaan telah diadakan di NZ Corner Wangsa Maju pada 8 Mac 2009 jam 1000 dimana skot yang hadir ialah Rosli, Ishmayel, Azman Black, Azham, Haizal, Shamsul Coach dan Rafinizal.

Aku nengok gambor skot2 kita ni..perghh! ramai gak yang dah dapat pingat PJK rupanya.

Ingatkan aku sorang jer...errr! PJK tu Perut Jojoi Kedepan, jangan salah sangka pulak.

Oh..ya! agenda yang dibincangkan oleh skot-skot kita ni mengenai persiapan dan juga logistik event re union di Port Dickson..

Aku rasa terharu gaks dengan depa semua ni, skot2 semua kena tabik spring kat skot2 kita yang belakang tabir ( Herman, Mael Cun, Isa, Kamsani dll ) dan depan tabir gak yang korbankan masa, tenaga, sms dalam menjayakan re union ni..

Terima kasih buat skot brader 22..

Wassalam.
foto & maklumat ihsan Rosli Tawil & Ishmayel Sulaiman.



Wednesday, 18 March 2009

Blog AFATS22 Mengeratkan Silatulrahim Brader Intake22

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat skot-skot Intake 22.


Dengan lahirnya Blog AFATS22 diharap dapat mengeratkan hubungan antara kita yang telah lama berpisah dalam membawa hala tuju kehidupan bersama karier dan juga keluarga.

Disini aku ingin mengambil kesempatan melahirkan rasa gembira walaupun tidak dapat turut serta dalam perjumpaan yang akan diadakan pada 17-18 April 2009 di Port Dickson.

Aku doakan skot semua beroleh keselamatan dalam perjalanan pergi dan balik pada re union tersebut.

Dengan kelahiran blog AFATS22, aku amat berharap agar dapat kerjasama dari skot-skot semua agar dapat memeriahkan blog ini dengan artikel, foto-foto lama serta terbaru dan juga idea dari skot dalam membangunkan blog AFATS22 ini.

Jika skot ingin menyumbangkan foto atau artikel, boleh emailkan ke alamat afats22@gmail.com. Insyallah aku akan paparkan artikel, aktiviti serta foto disini.

Untuk makluman skot sekalian, penggunaan bahasa hendaklah yang tidak melanggar tata susila, tidak semestinya bahasa itu formal. Penggunaan bahasa yang agak santai untuk mudah difahami dalam mengujudkan suasana humor lagi bagus.

Apa tunggu lagiii...

Tuesday, 17 March 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2006




Assalamualaikum w.b.h

Syukur ke hadrat Allah setelah 18 tahun, nampak gayanya skot intake 22 Afats akan mengadakan re union pada 17-18 April 2009..insyallah.

Setelah beberapa kali merancang pertemuan, namun kehadiran kurang memberangsangkan sebelum ini. Perjumpaan pertama brader 22 pada bulan Nov 2006 bertempat di 91 WKSP Batu Kantomen, yang hadir pada majlis tersebut Isma, Wak Halil, Edafi, Rosli, Ishmayel, Yap dan Asyraff.

Rentetan dari pertemuan tersebut juga, majlis berbuka puasa di Restoran Seri Melayu Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 2007 ( jika salah, sila maklumkan). Tetapi maklumat yang diperolehi hanya beberapa kerat sahaja yang hadir.