Wednesday, 29 April 2009

Kutipan RM10

Salam semua skot,

Dah agak lama juga saya tak dapat hadir di alam cyber ini. Malam ini saya terpanggil untuk membukanya. Saya juga telah mendapat khabar yang ada ura-ura cadangan untuk membuat kutipan dan mengadakan mesyuarat mengenai re-union akan datang.

Bagi saya, masih terlalu awal untuk membuat kutipan dan amountnya juga agak terlalu kecil ( RM10 setiap bulan) tetapi akan mendatangkan masalah yang besar jika tidak di kendalikan dengan betul. Pada hemat saya., saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Samsul coach untuk adakan kutipan 6 bulan awal dari tarikh yang di cadangkan.

Kita boleh mula bermesyuarat mengenai re-union pada Januari 2012 dan kita rancang akan buat pada Jun 2012. Pada masa itu, saya jangka, semua skot2 ada banyak masa memandangkan majoriti dah pergi kursus peralihan ( dah nak pencen le katakan...++ dah tua le tu) .

Apa yang dikatakan oleh Bob Tajudin ada benarnya, sebagai perlantikkan skot2 yang berjawatan tinggi dan berkebolehan menjadi pengerusi atau seumpama dengannya. Ini juga satu penghormatan bagi skot-skot kita yang berjaya dalam karier yang di ceburinya.

Secara tidak langsung juga cara ini dapat banyak membantu urusan program-program yang akan kita jalankan di masa akan datang. ( Bukan nak salah guna kuasa ni!)

Kebaikkan kita berkumpul semua bukan hanya untuk berbual kosong, mengeteh dan sebagainya, kita juga sepatutnya mengambil kesempatan yang ada untuk bertukar-tukar fikiran, pendapat mengenai apa sahaja tak kira bisnes, hal politik atau hal agama yang mana perlu dalam usia sepert kita. Untuk hidup, kita perlukan keperluan hidup, untuk mati, kita perlukan keperluan mati., untuk bernegara, kita perlukan sifat kenegaraan, untuk pendidikan anak2, kita perlu persiapan yang agak panjang.

Skot, dimanakah kita berada?? Adakah kita masih lagi leka?

Beriadah adalah satu keperluan manusia, tapi kalau kita terlalu beriadah, apa kejadahnya? Belajar juga begitu, makan juga begitu, politik juga begitu, tetapi beragama... adalah satu yang infiniti, tiada satu noktah dalam hal ini dan merangkumi semua aspek.!!

Skot2 sekalian, saya harap semua skot-skot bertenang, ambil sedikit masa untuk berfikir dan jangan pula jadi negative setelah membaca tulisan saya ni...

Sekian.....


535466 Cfn Rosli ...
dah 18 tahun Krafman... lom naik pangkat lagi... tak tau rasa macamana naik pangkat!!

Malam Reunion 2009

Salam brader semua..


Apa kabor semua.. ya! moga semua sihat hendaknya.. Kali ini masih lagi citer panasss..! yess zerr, citer panas pasal reunion..


"siut.. dia bg aku ikan jaket", " telan je skot!"

Citer reunion 2009 belum lagi reda.. tapi dah kecoh pasal reunion 2012.. semangat gila skot2 kita ni.. bagus! jangan gila meroyan udah ler! tak dapek pok cik nak nolong nyoo! Aku bukan nak citer pasal reunion 2012 tapi nak citer pasal 2009..


"siap ler nko besdayy boy, mandi susu jawabnya lepas ni.."

Malam tu memang meriah, walaupun AFATS Brader 22 tak buat gathering di tempat yang gah, tapi pada aku, walaupun buat kat 'dewan' itu pun dah seribu satu rahmat, kerana nak satukan brader semua bukannya senang.. cam aku ni yang sejak azali lagi duk 'civillian'. Tapi pada aku, lu semua memang d' boom.. Tak terjangkau dek akal ( pesss! dah cam lirik lagu lah pulok!) yang aku dapat jumpa brader semua..



Dalam sibuk-sibuk gathering, super-super brader kita Brader Mazelan Subran (G15) hadir atas jemputan 5411 Izadin (ehh! kau tak jemput dia minum ke malam tu, penat bro tu bersyarah).

"ada sesiapa yg blom pernah kena penampor bisu, meh kedepan.."

Ada ler skit amanat mengenai syarat, prosedur dan matlamat halatuju AFATS Brader Group.


Gathering malam tu juga ada tayangan slide kisah hidup di AFATS Segenting dan juga buat sahabat yang telah pergi dulu dari kita..


Malam tu memang masa mencemburui kita ( waduss! ayat cam jiwa2 lah pulok). Tak sempat nak story sesama brader.. Ada pulak sessi ngeteh sampai 3 am selepas tu.


Arios..!

Wassalam..

Aku Budak AFATS

Matang & Tindak

Salam semua skot

Terasa terpanggil laks untuk memberikan pendapat berkenaan kutipan bagi menjayakan reunion yang akan dilaksanakan di Cameron Highlands akan datang pada tahun 2012, insyaallah!

Pada pendapat aku, mengenai kutipan sebanyak RM10 yg dicadangkan itu baik. Tetapi ia lebih banyak menyumbang kepada 'side effect' yang tidak baik terutama bagi skot yang dipertanggungjawabkan untuk 'manage' kutipan tersebut.

Amat tidak adil kepada skot tersebut memandangkan ia masih mempunyai tugas-tugas hakiki yg lain. Jgn pandang remeh kerana menguruskan kewangan adalah satu tanggungjawab yang besar. Tambahan pula ia melibatkan kutipan yang kecil, lain ler kalau sebulan RM200 ke!

Pada pendapat aku pada usia kita sekarang.. saya rasa kita sudah matang dalam membuat tindakan berhubung dengan masalah kewangan ini. Kalau terlalu sukar sangat melaksanakan cadangan tersebut, dicadangkan skot membeli tabung sendiri labelkan ia tabung reunion dan simpanlah sendiri sebanyak RM10 sebulan. Ia lebih mudah dan tidak melibatkan banyak pengurusan lain.

Walau bagaimanapun aku secara lisan bersetuju ia diadakan, tetapi dlm tempuh 6 bulan awal sebelum hari reunion itu dilaksanakan. Itulah sebagai komitmen kita bagi menjayakan apa yang dirancangkan. Terlalu lama sangat kalau kutipan dimulakan sekarang, sedangkan pelbagai perkara boleh terjadi pada masa akan datang. Jangan sebab kutipan yg kecil ini, ia akan menyebabkan permasalahan yg lebih besar akan berlaku.

Perkara yang lebih penting sekarang ialah mempromosi dan mencari skot-skot yang masih hilang dalam perjuangan (mising in action).

Gerakan tersebut harus dimulakan segera agar penyertaan aktiviti pada masa akan datang dapat disertai dengan lebih ramai lagi.

Insyallah!

Maaf jika terdapat salah bicara dari insan yg hina.


535474 Samsul coach

Tuesday, 28 April 2009

Tersirat & Tersurat..

Salam sejahtera brader..

Maaf yer bercakap sikit.. ni kisah persiapan reunion yang akan datang. Semua cadangan untuk kutipan duit tu adalah baik sekali. Saya menyokong semua cadangan yang sedia ada.

Tapi kalau difikirkan berapa kerat ajer yang menerima atau mengambil berat cadangan ini. Mungkin yang selalu melayari blog sahaja kot... bagaimana yang lain. Reunion ni sebenarnya bukan satu perkara kecil.

Ianya perlu hadir dari hati yang ikhlas, yang memikirkan skot2 semua macam adik beradik sendiri. Jadi keinginan untuk berkumpul tu menjadi lebih tinggi. Saya mencadangkan supaya 5411 Izadin ker, 5445 Suak ker, 5466 Rosli Tawil ker.. hee! hee!, 5408 Ishmayel ker atau siapa2 yang handal tolong buat satu definasi atau makna atau keluarkan apa tujuan sebenar reunion .

Apa yang kita dapat atau faedah jika buat reunion. Sebarkan pada semua skot2 kita. Mungkin dengan cara ini boleh menarik lebih ramai lagi kehadiran atau penyertaan. Bukan sekadar kehadiran ibarat melepas batuk di tangga. Bagi saya 535486 App Tajuddin, reunion adalah sesuatu yang indah, kerana skot semua ibarat keluarga yang sehati sejiwa dimana susah senang dulu kita lalui bersama.

Perasan rindu dan ingin selalu berjumpa dengan semua tetap tersemat di hati. Ingatlah bukan nya suatu perkara mudah yang pernah kita alami semasa di Kem Segenting. Hanya kawan2 iaitu skot yang menjadi tempat mengadu masaalah dan memberi kita semngat untuk meneruskan perjuangan.

Kenangilah semua kenangan semasa di Segenting bersama2 skot kita yang masih ada atau pun yang telah tiada. Dan kita yang perlu membuat sesuatu agar supaya persahabatan kita akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Semuga intake 22 akan terus bersatu dan kita sama2 berganding bahu untuk meneruskan kehidupan dalam dunia globalisasi.

Sokonglah reunion kita.

Hidup skottttt!


taj 5486

Monday, 27 April 2009

POP di Kg Sawah

Salam sejahtera brader..

Kabare wak.. ya! Ni ada beberapa keping foto semasa di Kg Sawah. Berpeluh aku dibuatnya..almaklumlah! lama tak berjemur!


Anyway, aku happy gak berjumpa dengan skot brader 22, junior aku brader 21 dan juga jurulatih ketenteraan iaitu Sarjan Bukhari (dah pencen). Sjn Bukhari hadir kerana anaknya Passing Out (difahamkan ketiga-tiga anaknya adalah produk AFATS).


Aku duk pusing-pusing area pameran kot2 terjumpa dengan muka-muka yang aku kenal.. tu dia..!! Sarizan aka toya, Itol ni memang lepak satu hotel ngan aku dan juga PWII Musa.. ( coz hang pakai uniform, sebab tu aku mentioned).


Sempat juga aku nengok aksi TTS dan 'showmanship' dari Pancaragam Armor (perghh! lu all dah advanced, ada improvement siap gelek2 lagi.. dah cam brassband Sek Tun Fatimah lakss..ahakss!).


Opocot..! mak kau, tertonggeng laks aku..


Foto kat bawah ni aku rakamkan sewaktu aku dah nak balik dari Kem Kg Sawah.. hamba Allah 3 orang ni lama sangat aku tak jumpa.. S/Sjn Rizal tu junior aku dari 'C' Coy intake 23, Faisal Pucat dan PW2 Hishamudin..


Bukan main segak skot..

Sekian.


Aku Budak AFATS

Sunday, 26 April 2009

Survey Cadangan Kutipan Yuran Reunion 2012

Salam sejahtera brader..

Untuk makluman brader sekalian, AFATS Brader 22 blogspot.com akan menjalankan survey selama 10 hari untuk mengetahui reaksi dari brader-brader 22 sekalian.

Jika survey mengatasi 60% dengan syarat iaitu seramai 30 org brader yang telah membuat survey maka pencalonan untuk melantik bendahari akan dibuat.

AFATS Brader 22 blogspot.com juga akan mengambilkira pandangan serta idea dari brader 22 sekalian dalam sesuatu keputusan yang akan diambil.

Sila buat undian untuk survey tersebut, hanya satu kali undian sahaja supaya ia dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dan memastikan ketelusan dalam survey tersebut.

Sekian Terima Kasih.

Saturday, 25 April 2009

Idea & Pandangan...

Salam brader semua..

Mengenai perlantikan bendahari tu, saya bersetuju dan mencadangkan perlantikan dibuat seramai tiga orang dan ujudkan satu akaun atas tajuk afats22 dan mempunyai tiga nama bendahari untuk setiap proses pengeluaran wang.

Dan cadangan untuk sumber kewangan tu saya berpendapat antara group kita ni terdapat beberapa usahawan dan kontraktor yang terlibat dengan projek bekalan dan binaan kerajaan.

Jadi saya mohon daripada skot-skot kita yang mempunyai jawatan pegawai dalam sektor kerajaan atau tentera supaya memberi peluang kerja-kerja (kontrak/tender) dalam jabatan tersebut. Seperti Workshop, Ordnan (Mejar Azmi Kadiran), RAMD (Mejar Edafi, Mejar Awis & (Lt. Kol) Mej Syed Suhairi aka cheng dll), MP dan sebagainya.

So.. sebahagian dari keuntungan tersebut boleh disalurkan ke tabung afats22. Saya rasa kalau ini dapat dilaksanakan pasti tabung itu akan mempunyai nilai dana yang tinggi dan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dan terbaik.

Saya mohon kerjasama dari skot-skot kita terutamanya pegawai2 tentera yang memegang jawatan2 yang berkenaan.



"awat duk pandang aku semacam.. sebelum mai sini aku mandilah"

Info & Cadangan 5486 Taj aldin.

Banner Reunion 2009

Banner Reunion 2009 AFATS Brader 22 aku published kat sini..
Banner Reunion 2012 Cameron Highlands akan menyusul, buat masa ni agak 'bz' dengan artwork bertimbun..

Insyallah.. tunggu!!!


Aku Budak AFATS

Friday, 24 April 2009

Pendaftaran Program Candat Sotong..

Salam sejahtera..

Ok, sesiapa brader 22 yang berminat nak join candat sotong.. cepat sementara penyertaan masih di buka..

Sila hubungi 5449 Haizal di talipon tangan 012-3825994 atau boleh email angler.castello5449@gmail.com, brader boleh bertanya mengenai program tersebut dengan lebih detail lagi.





"aku mancing tak guna umpan skot..btoll!, aku rendam je kaki aku dalam air..

abis timbul semua ikan tu"..(YDP Kelab Joran AFATS Brader 22 berbaju merah)

Info 5449 Haizal aka Cagu

Jom Reunion 2012 Cameron Highlands..

Salam sejahtera brader..
Next reunion Brader 22 akan diadakan pada tahun 2012 di Cameron Highlands. Cadangan yang diusulkan oleh 5451 Chot supaya diadakan persediaan dari awal dari segi kutipan yuran. Kutipan sebanyak RM10 sebulan hendaklah dikutip dari sekarang sehingga ke 2012.
Ini bertujuan untuk memudahkan brader 22 sekalian dari segi persediaan logistik seperti penginapan, majlis reunion seperti makanan dan juga dewan.. secara tidak langsung ia tidak memberatkan brader 22 sekalian jika hendak membuat bayaran 'lump sum' RM200++..
Jika bersetuju dengan cadangan ini, persetujuan secara kolektif perlu dibuat untuk melantik Bendahari AFATS Brader 22, dibawah Bendahari pula akan dilantik wakil bagi setiap zon untuk melicinkan pentadbiran kewangan..

"Tolong sikit haa! see the tammy lah bro", antara calon yang sedang

hangat diperkatakan untuk pencalonan Bendahari AFATS Brader 22.

Info 5451 Mansor aka Chot

CD Panas...

Salam sejahtera brader..

Untuk makluman brader 22 sekalian, 5427 Isa Pewai (ahakss!) ada salinan CD reunion AFATS Brader 22 di Port Dickson Golf Country Club yang diadakan pada tahun 2003..

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talipon tangan 012-3039284. Cepat-cepat sementara stok masih ada..



"aku bukan jantan kabaret"..

Info 5427 Isa Pewai

Thursday, 23 April 2009

Checkpoint & Ngeteh di Teluk Kemang

Mat Noh & Kamsani

Salam Sejahtera brader..
Dalam sebulan ni, masih lagi dengan 'citer panas' reunion AFATS 22.. Best giler, confirmed.. ni nak tunggu next reunion kat Cameron Highlands 2012 ( aku tak sure, either 11 or 12 ) kalu salah betulkan..

Isa Pewai & Izadin
Foto ni diambil pada Jumaat malam Sabtu 17 April 2009.. aku bertolak dari Kuantan dalam 8.30pm. Ghani called aku, member dah sampai dari Kluang..
So, aku sampai PD terus pergi Teluk Kemang dan ngeteh ngan brader yang dah ada kat situ Mat Noh, Kamsani, Izadin, Shahnahar, Itol & Ghani..

Itol & Ghani

Tahun terakhir aku jumpa Kamsani, Ghani & Itol (1992), Shahnahar (1996), Isa (2000), Izadin (2007) dan Mat Noh (2008). Gamat juga berborak malam tu..

Shahnahar tgh duk gebang

Terima kasih kat Izadin coz belanja makan malam tu..

Wednesday, 22 April 2009

PW2(B) Tuanlah cikgu kami.


Salam semua skot,

Ingatkah kita pada hamba Allah yang berbaju batik itu? Itulah guru kita yang satu masa dulu pernah mengajar kita erti kehidupan sebenar yang walaupun garang, tapi pada hakikatnya beliau sangat lembut hatinya yang pernah berkata "tak taulah apa kena dengan aku, bila tengok muka koran ni, tak sampai hati nak lanyak". Sempat juga berbual-bual seketika dengan beliau yang ketika itu juga hadir menyaksikan anaknya tamat latihan di AFATS pada 18 Apr 2009 yang lalu. Itulah PW2 (B) Tuanlah yang dalam gambar diatas kini anak- anak muridnya yang berbaju loreng kesemuanya dah pun berpangkat PW2 kecuali saya dan Ishmayel..... sebab kami dah berpangkat Mejar General.....hahahahaha!... jangan marah ha skot!! Beliau menyampaikan salam dari Mejar (B) Johari kepada semua skot yang juga satu ketika dulu GURU kita.. dan juga kita punya big brother. Mej (B) Johari dan PW2(B) Tuanlah khabarnya kini menetap di Machang Kelantan. Semoga berjaya dalam apa juga lapangan.

Terima Kasih cikgu!!.

Inilah bakal generasi ke 3 AFATS!! (Ada pompuan ke nanti?)

Tuesday, 21 April 2009

AFATS/SPPTD Kem Segenting Kra Dalam Kenangan..

Salam sejahtera brader..

Ini ada beberapa keping foto yang dirakamkan baru2 ini.. Tiada apa lagi yang tinggal kerana projek pembangunan untuk membangunkan 'Kolej Tentera Darat' akan dibina disini.


Foto ini dirakam iaitu berhampiran pagar sekolah artileri dimana laluan utama kita dulu iaitu samada melalui belukar tepi pagar atau terus saje ikut jalan ke Guard Room.. biasanya kalau nak 'smuggle' rokok bermula di sini, biasanya kantol dengan staff Arbi (RP) confirmed rokok dapat kat dia ni..


Foto di atas ialah dimana letaknya padang bola dan juga pondok skot.. camner perasaan brader nengok foto ni..

Pemandangan dari jauh, kawasan enjin air tempat mandi jika air tiada, tapak tempat kelas IMP dan juga gelanggang squash..

Sebahagian dari kawasan Artileri juga diratakan untuk pembinaan.


Tapak AFATS/SPPTD Kem Segenting Kra hanya tinggal dalam lipatan sejarah.. tiada kesan.!

Salam Brader Skot..

Salam buat semua...

Semoga semuanya sihat sentiasa. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepda semua yang dapat hadir untuk majlis reunion 18hb April 2009 yang lalu.

Dengan sokongan semua, majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar sekali. Dan terima kasih kepada semua yg menjayakan pentadbiran majlis tersebut. Apa pun dari hati saya amat gembira sekali dapat bertemu semula semua rakan2 yang sama2 menghadapi susah dan senang kehidupan di Kem Segenting.

Namun berkat kesabaran kita akhirnya semuanya berjaya hingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada brader kita intake 21 yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman hidup pada kita. Dan sehingga hari ini saya masih tersenyum kerana masih teringat suasana yang menggembirakan di majlis reunion kita.

Namun saya masih belum puas kerana tidak dapat berjumpa dengan semua sekali intake 22. Dan saya harap pada majlis akan datang supaya penyertaan akan dapat kehadiran 100%. Dan saya mencadangkan kita akan membuat pasukan jejak kasih meliputi empat kawasan utara, selatan, timur dan barat sehinggalah Sabah dan Sarawak.

Sekian terima kasih.

Rindu pada semua.



Ikhlas Taj aldin 5486.

Program Candat Sotong Di Trengganu

Salam Sejahtera brader..

Program mencandat sotong ini dicadangkan oleh 5471 Rafinizal, aturcara program seperti berikut:
  • Bertolak ke Trengganu Jumaat malam
  • Pagi Sabtu berada di Trengganu dan mencandat sotong
  • Ahad bertolak pulang ke KL atau destinasi masing2.

Program ini akan ditetapkan hari dan waktu apabila sudah ada penyertaan dari kalangan brader 22 sekalian..

Brader2 sekalian boleh menghubungi 5471 Rafinizal di xboy@perkasa.my atau di talipon tangan 016-620 9547 untuk keterangan lanjut.

Aku baru berbual dengan cousin aku pagi ni, balik dari mencandat sotong di Pulau Kapas.. sotong 2 ekor saje berat hampir 15 kg.. perghh! dapat kat aku, 'sotong celup tepunglah' jawabnya.. saper2 yang berminat nak pergi kena bawalah tong ais gabus putih..tak nyesal beb.. serius ni!

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih..

Assalamualaikum & salam sejahtera brader sekalian..

Reunion kita baru-baru telah berjaya diadakan dengan meriah sekali..
Bagi brader2 yang datang, tentu merasa puas walaupun dari jauh kita memandu.. ada yang datang dari Penang, Kedah, Ipoh, Cameron Highlands, Kuantan, KL, Kluang, Melaka dan yang berdekatan seperti Putra Jaya, Gemas dan Seremban.

Walaupun yuran penyertaan dibayar dengan harga yang agak berpatutan kerana pakej makanan termasuk keluarga dan penginapan adalah sendiri.. tiada masalah bagi brader sekalian.
Hidangan yang disajikan rasanya kurang disentuh atau dijamah kerana banyak masa dihabiskan dengan bergurau senda, bertanya khabar dan pelbagai kerenah dirakamkan secara tak langsung perut jadi kenyang laks..

Ribuan terima kasih kepada komiti seperti Shamsul Coach ( Financial Controller), Ishmayel Suleiman ( Event Manager ), Rosli Tawil ( Organizer ), Kamsani ( F&B Manager ) dan juga nama-nama lain yang yang berusaha menjayakan majlis ini sempurna.

Brader-brader yang merakamkan foto pada majlis tempohari kalau boleh emailkan ke afats22@gmail.com, kerana dapat kita kongsi ramai-ramai melihat foto tersebut..

Bagi brader 22 yang tak hadir tanpa alasan yg konkrit, rasanya tak rugi kalau dapat joined kita orang..

Sekian semoga brader 22 sekalian beroleh kesejahteraan hendaknya dan Selamat Maju Jaya..




p/s: sesiapa yang ada ambil gambar Duan, kalau boleh emailkan..nak masukkan gambar dia dalam foto ni...

Monday, 20 April 2009

Aksi Pecah Pintu....

Reunion 18 April 2009...

Foto dibawah ini dirakam sewaktu aktiviti perjumpaan sebelah petang iaitu acara santai dan juga sukaneka bagi anak-anak..
Sesi pendaftaran, berborak dan juga minum petang dalam suasana yang meriah..
Berdiri dari kiri Willi (peluk tubuh), Mat Noh & Ghani (duduk) & Faisal Pucat.

Syed Khalili dan Asri

Pak Ya, Hj Syed Nazaruddin & Faisal Pucat
Izadin, Mansur a.k.a Chot, Nordin a.k.a Budu, Mat Noh, Raja Hadi (baju biru membelakang) & Musa (baju kuning air membelakang)

Sunday, 19 April 2009

Setelah 20 Tahun..

Salam Sejahtera brader 22..

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua brader-brader yang hadir pada 18 April 2009.

Walaupun tidak kesemuanya hadir, perjumpaan kali ini cukup bermakna.. Dari foto yang dirakamkan, terbayang di wajah masing-masing yang pertemuan ini membawa seribu erti setelah hampir 20 tahun keluar dari AFATS. Pelbagai ragam dan kerenah melucukan dirakam.

Banyak cerita yang keluar dan rasanya tak cukup untuk diceritakan dalam waktu yang singkat..










Terima kasih semua.

Salam semua skot.

Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua skot yang hadir pada re union gathering semalam. Saya amat teruja dengan kehadiran yang yang hampir mencecah 60% dari semua skot skot kita. Walau pun tak semua dapat hadir dari mula hingga akhir, mereka masih datang menjenguk walaupun seketika.

A Company


B Company


C Company

D Company



Friday, 17 April 2009

Pandu Cermat Jiwa Selamat


Salam Sejahtera..!

Ramai-ramai kita turun PD weekend ni..
So, brader-brader semua memandulah dengan berhati-hati..

Kita jumpa di Reunion AFATS BRADER 22..

Wassalam..

Thursday, 16 April 2009

Sticker Kereta Aku...

Salam skot...!

Ini contoh sticker x-afats yang aku buat sendiri pada keta aku lee.. kang saper2 yang tampal kt keta, ada lak kene penampor laks..hehehe.!

Tak le cantik sgt namun aku bangga bila pasang kat keta aku, just to show off.
Anyway kalau ada yang nak meng'kormesial'kan...apa salah nye..!

Bayar hak cipta aje lee...keh..keh..kehh!

5474 Samsul aka coach